Wednesday, April 10, 2013

bila sudah bertiga

Walaupun punya 3 orang anak masih dalam kategori tidak ramai, tapi sebab serba-serbi buat sendiri aku tidak nafikan yang aku memang punya perasaan yang aku ada ramai anak.

Sebelum ini aku juga selalu fikir ibu-bapa yang punya anak ramai tidak akan mampu untuk membahagikan kasih-sayang seadil mungkin kepada anak-anaknya, dan akan ada anak yang rasa diri kurang disayangi berbanding anak lain atau akan ada anak yang akan left-out sebab jumlah adik beradik yang ramai.

Mula-mula dapat dhani aku memang ada perasaan dan fikiran yang begitu, jadi mati-matilah aku meminta supaya anak aku hanyalah dhani, tiada dua-tiada tiganya.

Tapi, hari ini setelah aku punya tiga orang anak, aku tersilap mengenai perasaan aku selama ini. Punya anak tiga buat rasa kasih sayang aku kepada mereka bertiga semakin dalam, semakin kuat. Bukan itu sahaja, aku rasa semakin bertanggungjawab untuk mereka- makan, minum, tidur, berak, mandi, main, belajar,memberi ilmu, memberi keyakinan diri dan pelbagai lagi itulah tanggungjawab padaku, apa yang wajib, patut dan harus oleh seorang ibu lakukan untuk anak-anak. Aku usaha seboleh mungkin untuk melaksanakan segalanya.

memang bukan mudah, tapi oleh kerana kasih yang mendalam dan tanggungjawab atas bahu aku kuatkan diri untuk buat segala yang termampu sebaiknya.

Fikir balik, aku mungkin tidak akan punya rasa sedalam seperti apa yang aku rasa kepada anak-anakku hari ini jika aku tidak punya mereka bertiga, dengan karakter masing-masing yang berbeza-beza aku rasa aku punya dunia warna-warni sebagai ibu semakin besar dan luas, melihat kepada satu perkara lebih dari sebelum ini dan memandang satu perkara dari sudut sehingga 360' untuk segala kemungkinan dan akibat untuk hari ini dan masa depan diorang.

Lihat, sampai begitu sekali kuasa yang kasih-sayang boleh buat untuk manusia seperti aku, rasa itu jugalah yang bagi aku banyak keinsafan untuk berusaha sebaik mungkin menjadi manusia yang lebih baik dari kelmarin.

Sekian.






1 comment:

kay masingan said...

Sendiri itu baik
Berdua lebih baik
bertiga lagi lah lebih baik

:)