Monday, April 15, 2013

Tolong saya untuk tolong dia

Seseorang telah bertanyakan soalan ini kepada saya dalam emel, soalannya agak berat dan juga sangat susah, katanya : (yang ini saya sudah edit sebab agak panjang kisahnya tapi maksudnya masih sama)

Apa perlu saya buat bila suami / boyfriend * saya keluar jalan-jalan tengok wayang dengan perempuan bujang lain ?

Sebenarnya si lelaki tu yang ajak lalu si perempuan bujang pun setuju. Bila ditanya pada si lelaki katanya just kawan-kawan je. 

Soalannya : Perlukah saya bertanya ' kenapa ' kepada si perempuan bujang?

Kepada pembaca, sama-sama kita tolong dia. Nak tahu juga apa kata orang lain.

p/s: yang bertanda * itu ikut pada keadaan semasa pembaca, yang sudah berkahwin ambik situasi suami dan begitulah sebaliknya. terima kasih.

2 comments:

cafiena said...

kawan saya kata, ini semua collateral damage sebab long distance relationship.

ada kawan saya kata, dia percaya laki dia, dan dia benarkan sebab nak compensate dia takda kat situ.

macam 'dah awak takda kat sini, takkan saya nak tengok wayang sesorang?' kinda thing.

personally, its mind boggling.

RayRay's Mummy said...

pada sy takde istilah kawan bg lelaki dan perempuan..lg2 bg lelaki yg bergelar suami..kte boleh pikir logik..knp perlu tgk muvee dgn kwn pmpuan?berdua?mana kawan lelaki lain?ataupun kenapa tak ajak beberapa orang kawan perempuan yang lain if btul kawan..