Aku tak sangka tulisan aku tentang apa yang aku rasa , rupanya telah membawa satu impak besar dalam hidup aku sekaligus men'define'kan makna dalam satu perhubungan, agak terkejut, sebab aku tidaklah menyangka ia akan jadi hebat sebegitu, mula-mula aku tak faham juga tapi bila fikir balik apa yang telah terlepas cakap, oohhh...rupa-rupanya inilah dia-tulisan aku tu. Mungkin aku tersilap sampai, mungkin juga bahasa yang aku tulis buat orang tersilap tafsir, tapi sebab aku yang tulis jadi aku telan sahajalah.
Sebenarnya, selain dari rasa yang tiada siapa patut bercakap tentang keburukan mahupun keturunan pihak lain, apa yang aku mahu orang faham ialah perempuan ini ada sisi jiwa yang cukup sentimental dalam diri, waima untuk perkara bodoh-bodoh dan remeh-temeh sekalipun. kadang-kadang bila perempuan tidak didengari maka dia mahu difahami terutamanya oleh orang terdekat, jadi bila dia mahu bercakap tapi tidak didengari dan kemudian bila dia berkata tapi tidak difahami jiwa akan rasa kosong dan sesak. Itu sebab ada ketika jiwa perempuan boleh jadi terlalu rapuh, air mata mudah saja mengalir, pantang silap sikit dia merajuk, muncung panjang.
Kadang-kadang ambil masa, pulihlah sendiri, kadang-kadang perlu sedikit belaian dan perhatian baru sembuh, nampak macam mengada-ngada tapi itulah kebenaranya jiwa perempuan ini. Ada masa kita yang perempuan ini malas nak layan sangat rasa blues yang menyerbu tiba-tiba, nak-nak bila dah rasa umur makin meningkat tapi ada ketika kita tidak mampu mengawal perasaan itu, mungkin juga faktor hormon, itu tidak dinafikan.
Kali ini, aku menulis bukan semata-mata mahukan simpati atau minta pengertian (after said and will be done), cuma inilah yang aku maksudkan dengan hati perempuan yang selalu ralat, jadi bila orang tak nak layankan perasaan yang begitu, perempuan itu, yakni aku, cari alternatif untuk meluahkan apa yang aku rasa, dan blog ini jadi saksi, maklumlah bila selalu sangat rasa kosong ada hari-harinya kita mahu hati diisi biar sekadar dengan satu sentuhan atau senyuman.
Terpulanglah.
No comments:
Post a Comment