Saturday, August 4, 2012
rasa kesian
itulah yang aku rasa pada anak aku rafael, bulan ni dia dah masuk 2 tahun 5 bulan, berjalan seawal 10 bulan tapi bercakap masih terlalu pelat lagi, mana tidak perut dia sebut 'teput', mandi dia sebut 'tati', nasi dia sebut 'taci', sama-sama dia sebut 'pama-pama' nasib baik dia dah pandai sebut perkataan dengan huruf 'm', kalau tak, dulu mami dia panggil 'papi', punya dia sebut 'pupi'.
memang kasihan, nak-nak lagi masa aku tengah sarat tunggu hari ni, aku mula terbayang-bayang orang yang bakal jaga dia sementara aku duduk ward nanti tak faham apa yang dia nak, paling aku sedih kalau dia lapar mintak nasi atau susu tapi orang tak faham dan mungkin tak ambil peduli. sedihnya hati.
Dahlah aku sekarang cepat sangat rasa runsing dengan macam-macam hal remeh-temeh, tambah-tambah lagi dengan rasa kasihan pada rafael aku rasa macam nak bawa je dia tidur sekali dengan aku dalam ward, kalau dengan dhani aku kurang sikit sebab dhani tidak ada masalah untuk minta itu ini, dia pun dah 4 tahun 8 bulan, cuma nak kena tolong cebok punggung je lah, yang lain-lain, insyallah dia dah boleh buat sendiri.
Bila dalam keadaan macam sekarang ni, kadang-kadang terbit rasa menyesal dalam hati, menyesal kerana aku telah membebankan rafael dengan kehadiran adiknya, tapi bila fikir yang dalam rahim ini pun darah daging yang mahukan kasih-sayang dan kehidupan, aku buang jauh-jauh rasa sesal itu.
Insyallah, tidak kira Dhani mahupun Rafael, malah buah cinta yang ada dalam rahim aku sekarang ni sekalipun, kasih-sayang tidak berbelah bagi pasti akan aku curahkan, bertarunglah dengan nilai nyawa sekalipun aku sanggup demi untuk mereka bertiga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment