Wednesday, August 22, 2012

syahdu lebaran

Seperti yang sedia maklum, tahun ini aku beraya dengan kain batik, stokin dan T-Shirt, tiada biskut raya, tiada baju raya malah tidak ada sedikitpun suasana raya di rumah yang memeriahkan aku hanyalah tangisan hua hua hua budak kecik yang baru berapa hari kenal dunia.

Kali ini juga aku ambil keputusan untuk 'bersendirian' lepas bersalin, kerana selain dari keluarga yang jauh nun di keningau, mak mentua aku juga sibuk buat preparation raya sambil-sambil menunggu untuk menyambut cucu dari adik ipar aku di kampung, jadi aku yang melaluinya kali ketiga rasanya setakat jaga diri sendiri tu mampu lah kot.

Entah kenapa, pagi raya tahun ini aku tiba-tiba terkenang arwah ibu, rasa rindu yang mendalam menyerbu tiba-tiba, dalam tak sedar air mata bergenang dan ingatan terhadapanya berlangsung sehingga ke hari ini. Adakah kerana jiwa keibuan ini buat aku terkenangkan arwah ibu?

Apapun, semoga damai dan tenanglah ibu di sana. Amin.

4 comments:

Helmy Samad said...

Selamat HAri Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin :)

kay masingan said...

selamat hari raya Dida, maaf zahir dan batin.

Sedih itu baik, boleh menginsafkan kita tapi saya harapkan semoga sedih itu tidak panjang.

leyzajamil said...

alaaahaiii...nak menangis sy baca penggan terakhir tu. jangan lah bersedeh ye, ni tengah dalam pantang la ni ye..bawak istigfar sedekahkan alfatihah utk arwah ibu tu ye...

takpe, sy ada blh buat peneman kala sunyi...jemput dtg 'umah' sy ye..

beaty said...

Ah ada bb baru pula c did ni..bh selamat hari raya kio