Antara benda aku paling tidak berkenan dalam hidup ialah bila seseorang yang dalam keadaan marah dan tidak puas hati dia akan ungkit perihal keluarga dan keturunan pihak lagi satu. Kalau kena kat aku, gerenti aku naik hantu. Bab ungkit-mengungkit hal keluarga ni memang pantang aku sangat-sangat dengan seluruh darah dalam badan aku pantangkan!
Ramai sebenarnya manusia bersifat begini di sekeliling kita, rasa tak puas hati sikit dengan orang tu, mulalah dari keturunan moyang-nyang,datuk-nenek,mak-bapak dia ungkit, konon-konon asal dari keturunan yang tak baik, dari akar yang tak sempurna, darah kotor dan bawa sial, yang dia punya bahagian semua bagus, keturunan baik-baik, orang bangsawan, dihormati, dipandang tinggi dan mulia.
Gila apa kau fikir begitu? ingat dengan nilai keturunan itu boleh jamin tiket kau terus ke firdausi ke? kalau memang betul kau tu memang keturunan baik-baik jangankan nak menyebut perihal status keturunan orang lain, terlintas dalam fikiran untuk mengutuk asal-usul orang tu pun tidak ada, sebenarnya. Jadi bila ada 'anasir jahat' sebegitu muncul dalam minda itu tandanya kau pun tidaklah sehebat sepertimana apa yang engkau gembar-gemburkan dengan level keturunan kau tu.
sebetulnya, ukuran manusia bukanlah semata-mata pada status keturunan darah-daging sahaja, manusia dinilai dari sekepal daging dalam badan yang dipanggil 'hati' untuk kita lihat dan ukur sejauh mana bersih atau tidak bersihnya daging yang hanya sekepal itu. Bukan tidak ada kisah orang yang asal-usulnya dari entah mana-mana tapi jadi manusia yang betul-betul elok budi-pekertinya, malahan bukan juga tiada cerita orang yang darah-daging 7 keturunan terbaik boleh jadi macam sampah yang tiada nilai langsung.
Hidup ini Tuhan dah tentukan macamana, cuma selok-beloknya kita yang manusia ni kena reka ikut rentak sendiri, jadi kalau kau fikir dengan keturunan 'bajet hebat' adalah sandaran untuk kau jadi hamba terbaik di mata Allah, maka kau salah! nak jadi yang terbaik, seharusnya dalam dan luar kau kena pastikan betul-betul bagus, kalau rasa-rasa belum cukup bagus lagi, then try again.
Tuhan tidak pernah lupa pada hamba yang sentiasa ingat padanya.
p/s :Pelacur yang bagi minum anjing pun Tuhan bagi tempat di syurga tanpa kira darah dan akar perempuan tu pun.
No comments:
Post a Comment