Saturday, October 8, 2011

ceritera Hati : Secebis rasa kasih

Awid #2

credit [weheartit]


Aku sudah lama redha, hatiku juga telah lama rela kerana aku tidak mahu terus-terusan meratap. Sungguh pada ketika perasaanku mula menyulam amarah benci, aku akur bahawa perasaanku masih tersisa secebis rasa kasih pada dia, mana mungkin kenangan selama hampir 1800 hari bersama mampu hilang sekelip mata.

Bohonglah aku jika aku kata, aku tidak rindukan riang-tawanya di saat gembira kami, tipulah kalau aku kata, aku tidak terbayang dirinya di waktu bahagia kami, kerana sekelumit rasa cintanya pernah mengisi separuh dari jiwaku satu ketika dulu, jujur aku akui, aku masih ada secebis rasa kasih pada dia, walau aku yakin aku tidak akan mampu menyayangi dia sama seperti dulu.

Ada ketika hatiku berbisik, berharap agar dia kembali memelukku dengan penuh rasa cinta, membelaiku dengan penuh rasa kasih, seperti waktu-waktu dulu, tapi, walau aku masih melihat senyuman yang sama, aku merasa betapa hambarnya senyuman itu, walau aku masih melihat renungan yang sama, aku mengerti betapa lesunya renungan itu, aku kian sedar bahawa seluruh cintanya sudah tiada untuk diriku lagi, aku mengerti segumpal kasihnya sudah bukan milikku lagi.

Tidak wajar aku merayu kasihnya, bila dia sendiri memilih untuk mengkhianati sepenuh perasaan yang aku telah dedikasikan kepadanya, tidak perlu aku meminta cintanya, bila dia sendiri memilih untuk mengkhianati janji-setianya satu ketika dulu.

Aku terima takdirku seadanya, walau mungkin nilai airmata dan kesakitan yang ku tanggung akan tiada galang gantinya. Tapi aku bersyukur kerana aku masih ada dua jiwa kecil yang sentiasa tanpa sedar mereka memberi aku segenap kekuatan untuk terus tersenyum dan ketawa biar jiwaku semakin tawar.

*sekali lagi, dedikasi saya untuk sahabat bergelar awid yang selalu tabah dan sentiasa riang walau hatinya memendam seribu rasa, bertabahlah wahai sahabat...*

5 comments:

Elih Japahar said...

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..teruskan senyum kerana senyuman itu mampu menengkan kamu :)

Wyna Nubies said...

As Salam,

ALLAH S.W.T sentiasa menguji hamba-NYA..itu adalah kerana DIA sayang pada hamba yang telah teruji kesabarannya..sabarlah wahai hamba yang beriman :)

BOBOayeeN said...

i am glad if i having friend like u.

kay masingan said...

sedihnya...semoga Awid terus tabah menghadapi semuanya...

Woofer Storm said...

senyumlah sentiasa wahai sahabat ku walaupun disebalik snyuman mu itu terpalit kedukaan..orang yang sabar,adalah antara orang yang kuat mentalnya...

sabar selagi mampu.mungkin!!!ermmm