Saturday, October 15, 2011

Jangan memandai kalau memang kau tak pandai

credits Google
Saya = aku / aku = saya

Aku masih dalam mood mahu bercuti rehat, kawan-kawan siap tolong approved  kan lagi, kena pula si kay dia siap bagi cuti rehat khas 3 hari tapi akidal pula langsung tidak mau approved, tidak apa saya sudahpun ambil emergency leave. : p

Mula-mula sekali aku terkesan dengan isu Namawee explode his anger dalam Youtube by fu*king utusan as a response to an article about his Nasi Lemak 2.0 film written by Fauziah Arof, aku bukan anti-namawee walau mungkin dia pernah membuat aku sedikit terkilan tentang isu memperlekehkan agama satu ketika dulu, tapi dalam pada itu aku juga melihat Namawee sebagai seorang budak lelaki yang penuh dengan cita-cita seninya yang mahu sentiasa didengari dan diberi peluang, bagus! sekurang-kurangnya dia mampu memberikan warna baru dalam industri seni kita yang seakan-akan kusam selama ini.

Tak lama lepas tu isu Hudud pula naik, macam-macam manusia dengan macam-macam pandangan, tapi most of people memberikan respond negatif, kebanyakannya berkata tentang kudung dan potong tangan semata-mata, sampaikan ada yang siap dengan pembentangan mereka sendiri tentang pro dan con's sekiranya hudud dilaksanakan. Ada pula yang kononnya berperananan sebagai 'role-model' masyarakat,  yakni seperti artis ataupun pak menteri yang terang-terangan menafikan perlaksanaan hukum ini dengan alasan : tidak sesuai, tiada keperluan, tidak praktikal, tidak relevan dan bermacam 'tidak' lagi.

Aku akui, bila orang heboh pasal isu hudud ini aku pun turut terkesan sama, kenapa? sebab aku juga seperti kebanyakkan orang terbayangkan tangan dan kaki yang kudung kerana dipotong, ya, memang sangat tipikal!, berfikir tentang kononnya betapa tidak relevannya hukuman jenis ini untuk dilaksanakan based pada suasana masyarakat semasa.

Tapi, dalam pada aku mencebik itu, aku tersentap bila sepupu non-muslim aku bertanya pelbagai soalan tentang hudud : 'apa itu hudud?', 'apa conditions yang membolehkan seseorang itu dijatuhkan hukuman hudud?', 'how to applied hudud kepada pesalah non-muslim'?, dan bila di tanya kenapa? cousin aku dengan yakin berkata: 'maybe, hanya dengan hudud sahaja boleh mengurangkan kes buang bayi, kes rogol, kes samun, kes bunuh, kes simbah, kes bakar dan macam-macam lagi kes yang 'famous' sekarang ni. Orang takut untuk berbuat salah kerana mereka tidak akan ada option untuk melakukannya'

Tau tak apa perasaan aku bila dengar dia cakap begitu? aku malu yang teramat, sebabnya, aku tanpa memikirkan situasi semasa terus-terusan mencebik tanpa mengambil sebarang inisiatif untuk memahami kandungan sebenar hukum hudud itu sendiri, malah sebagai seorang yang amatlah tidak arif dalam isu ini, adalah terlalu jahil bagi aku untuk menilai perkara ini tanpa mendalami dengan jelas dan tepat maksud dan perlaksanaan sebenar hukum hudud.

Sungguh! aku kagum dan bangga dengan cousin yang seorang ini kerana, walaupun dia percaya kepada fahaman agama yang lain, tapi dia tetap memilih dan mencari sebab terbaik untuk memahami dan menerima berbanding memilih untuk terus menolak seperti aku, shame on me!

Sebenarnya, apa yang aku mahu nyatakan disini ialah: kalau kau tidak faham, tidak arif ataupun dalam bahasa mudahnya TIDAK PANDAI dalam sesuatu perkara janganlah kau tunjuk pandai dengan berkata macam-macam,  tidak ada orang akan impress dengan kebodohan separa sedar anda bila bercakap tanpa asas yang kukuh, masih ramai lagi orang bijak pandai di luar sana yang selayaknya memberi komen tentang perkara ini, tidak perlu pun susah-susah menjadi judgemental bila ilmu didada masihlah terlalu cetek, apalagi dalam soal keagamaan! [juga, peringatan untuk diri-sendiri]

Memang akan ada percanggahan dan perdebatan, tapi kita serahkan saja semua itu pada mereka yang layak, jangan memandai-mandai bercakap itu-ini, kerana takut tanpa sedar kita akan memberikan pandangan yang salah mengenai isu ini.

Nak tahu lebih lanjut, baca artikel di[sini] dan [sini]

3 comments:

kay masingan said...

oh..isu HUDUD..memang tidak ingin mengomen sebab ilmu bukan lagi dangkal tapi kosong. serahkan pada yang lebih arif..

harap selepas cuti, ko terus produktive ah dida..:)

beaty said...

did bila tu isu hudud kan..dei bikin takut pun sa rasa ada juga ni...tapi saya harap ini tidak terjadi ni...sebab kita d msia kan berbagai2 agama dan adat...so sa serah kan saja pada yang pakar..

Woofer Storm said...

nak i love u memanjang ea??kalau kata i love u,tapi hati kata tak,tak guna juga...orang kata tak payah nak ungkapkan,lebih baik lakukan demi kebenaran...

suka entry ni...terima kasih sis^^