Thursday, October 20, 2011

cukuplah - diorang dah cukup sakit dah!!


credit:google
Morning alls [mood malas]

Pagi ni, aku buka FB and few of my friends 'share'kan gambar baby yang dikelar by her 16 years old mother sampai terburai isi perut dan semalam ramai juga di kalangan friends aku yang sharekan video kisah yuen, kanak-kanak 2 tahun yang digilis kereta tanpa dipedulikan oleh 18 orang 'good' citizen of china. terus-terang, aku sikitpun tak tengok gambar dan video tu, kisah yuen tu pun aku ter'tengok' sebab ianya disiarkan di buletin utama, lepas tu memang aku dah TAK NAK tengok dah!

Sebagai ibu kepada 2 orang anak, naluri aku tak mampu untuk menafikan rasa simpati, kasihan, terkilan, marah, geram yang teramat dalam hati, tau tak lepas aku tengok video kanak-kanak yuen yang digilis tu satu malam aku tak dapat tidur sebab asyik membayangkan macammana kalau anak-anak aku, dhani dan rafael dibuat begitu, menangis sakan aku malam tu tau!

Bukannya apa, tapi aku rasa tiada sikit pun kebaikan yang kita dapat bila share kan gambar dan video tu sana sini, nak jadikan iktibar kepada orang lain, ya! itu aku setuju, tapi korang semua sedar tak baby yang dah terburai isi perut tu dah jadi arwah dan tak bernyawa dah pun, bukankah bila sebar gambar itu sana-sini akan lebih 'menyakitkan' lagi perjalanan si kecil tu untuk ke alam barzakh?

Tau tak, baby sekalipun dia tetap melalui proses yang sama untuk perjalanan 'seterusnya' bezanya dia mungkin takde dosa-dosa besar macam kita yang dah dewasa ni. Cumanya, dalam keadaan bogel dan perut terburai itu, korang rasa tak aib ke arwah baby tu bila gambarnya disebar sana-sini? daripada dok sibuk share gambar tu sana sini, lagi baik kita doakan perkara yang baik-baik untuk arwah baby tu.

Kalau memang nak bagi pengajaran sangat, caranya bukanlah hanya dengan share dan publishkan gambar arwah baby tak berdosa yang tak tahu apa-apa tu. Nak maki-hamun sangat, cari gambar budak perempuan yang 'kesedapan' mengangkang dan gambar budak lelaki yang pancut dalam tu then, korang 'balun' lah puas-puas kat mak-bapak 'muda' yang tak guna tu, rasanya dorang-dorang ni mesti ada akaun FB juga, budak zaman sekarang sapa yang tak tahu FB, ye dak?

jadi, kepada kawan-kawan yang sibuk nak share, nak post, nak publish gambar arwah baby tu atau gambar-gambar baby malang lain, silalah berhenti, ingat, yang bongok adalah mak-bapak kepada arwah baby tu, yang kita ni janganlah pula menambahkan lagi kesakitan baby tu dengan menyebarkan aib nya dimana-mana.

9 comments:

Aki said...

tulah Kak.. sedih si Aki tingu tu gambar kena share merata-rata.. ntah siapa yang mula menyebarkan tu.. yang video tu si AKi share di page sebab kurang jelas,tapi bab2 gambar tu,aiya,kenapa mesti mau share di FB.. bagi gambaran,sudah la..

Aki said...

er,lupa bagitau,si Aki sihat sudah juga ba ni.. err,actually belum berapa,tapi kasi paksa sihat ja,nanti manja tu penyakit.. ha ha ha..

beaty said...

did sa inda sanggup tingu tu budak kena begitu..deii shyadu ni sa ..ingat lagi pasal tu budak Yueyue kan..dei sa lagi sakit hati..kesian ni..budak mana tau apa2

orang brainless ja yang share tu gambar...ada tu sa nampak sipi2 jua tapi sa inda snggup eh..kenapa bh dorang ni...

emy|farid said...

ye kan kak, tq info. :( bru tau.......

♥iDaYu aYu♥ said...

ske ur blog. entry sgt nice! ;p

kay masingan said...

mmm terkena batang idung sia. sebab sia ada share itu video..

Woofer Storm said...

ayat2 nak last tu power sis..sabar3

sy tak sampai hati tengok 2,3 kali,tengok skali pun dah tak tahan hati ni...biasalah jiwa snsitif tu masih menebal..ciannya..

yup sis,sk matunggong kudat..kenapa??heheee

wandisini said...

salam.
aku pun cuma tengok sekali je video budak cina kena gilis tu. tak sanggup nak tengok 2x

namaberita.com said...

Aku kalo gambar share tengok, kalau vedio tak hehehehe...

Best, Follow belog awk ni...