Antara kami semua hanya seorang daripada rakan lelaki tu yang isterinya baru mengandung anak pertama, yang lain semua punya dua orang anak sekurang-kurangnya, tiba-tiba salah seorang rakan lelaki itu mula berkeluh-kesah saat bercerita mengenai kehidupan peribadinya, dan kemudian dia memberitahu dia mula terkenangkan kekasih lamanya yang kini sudah menjanda, sejak-sejak selalu berchatting di FB- aku terkedu, dan bila terang-terangan dia mengaku dia sudah tawar hati kepada isterinya, aku kaget! - bisa sungguh penangan FaceBook ya! - lelaki yang sudah punya dua anak masih bisa goyah hatinya saat 'terjumpa' bekas kekasih lama walau hanya di alam maya.
Aku yang masih terasa tempias keretakan rumahtangga rakan sekelas itu kemudian dengan sinis bertanya kepada rakan lelaki terbabit, tidakkah dia mencintai isterinya sekarang? dan dijawabnya dia sudah bosan dengan isterinya itu, bila ditanya kenapa dijawabnya isterinya itu buat perangai macam-macam, curiosity yang tinggi buat aku terus mengasak rakan lelaki ini, rakan-rakan perempuan yang tiga orang juga nampak benar ingin tahu, yang nyata kami berempat [perempuan dan isteri] mula terasa bahang panas di kerusi masing-masing.
Si lelaki itu kemudian bercerita mengenai isterinya yang serba-serbi kurang, kononnya tidak pandai mengurus suami, tidak pandai bersolek, tidak pandai mengurus rumah. Hati tiba-tiba panas, aku akui aku mula penuh dengan emosi- aku mula menyoal dia seperti lagak seorang inspektor, macam-macam benda aku tanya, rakan-rakan perempuan saya sekali-sekala menyampuk, cuma bila kami [perempuan dan isteri] menyoal kenapa dia memilih untuk mengahwini isterinya dulu, dia terdiam lama, kemudian berkata " aku nampak dia adalah perempuan yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai isteri ketika itu". Maksudnya, isterinya itu adalah pilihannya sendiri, perempuan yang dikahwini atas persetujuan hati dan perasaannya, dia memilih perempuan itu as the best.
Geng perempuan mula memonopoli perdebatan, aku katakan dia sepatutnya telah menerima semua kekurangan dan kelemahan isterinya kini kerana dia sendiri telah memilih perempuan itu, memanglah manusia kalau kita mencari perkara yang buruk sahaja pasti kita akan sentiasa melihat keburukan dan begitu juga sebaliknya. salah seorang rakan perempuan aku berkata " antara pengorbanan isteri yang paling besar ialah bila isteri itu memilih untuk mengandungkan anak dia dan kemudian bertarung nyawa melahirkan anaknya" seharusnya dia perlu berterima kasih yang tidak terhingga kepada isterinya atas kesanggupan itu.
Kami sepakat berkata, dia- si rakan lelaki itu seharusnya tahu bahawa dengan memberitahu perihal buruk isterinya itu kepada kami adalah satu penghinaan maruah paling besar pada seorang isteri, rasanya semua isteri pun tidak mahu suami mereka bercerita perihal rumahtangga apalagi tentang kelemahan seorang isteri, mungkin perlu ada sedikit perbincangan antara mereka, si suami tidak perlu tergesa-gesa jump into any conclusion dan si isteri perlu tahu perkara yang perlu 'dibetulkan' dalam rumahtangga mereka. Cuma si suami salah bila dia mencari 'remedy' dan beralih kepada perempuan lain saat rumahtangga punya masalah dalaman, lari bukan penyelesaiannya, bro.
Jadilah lelaki dan suami yang sebenar dengan berhadapan pada situasi, yakinlah bahawa satu-satunya suri yang ada dalam rumah itulah yang menjadi pendamping jiwa dan peneman raga yang sebenar, kami [para isteri] tidak akan pernah lari jauh dari sang suami jika suami selayaknya menjadi lelaki yang sebenar - menjaga isteri sebagai AMANAH dan menjadi ketua-rumah sebagai TANGGUNGJAWAB.
5 comments:
betul, hal rumah tgga kna simpan bek2 kan, wpun tak kawen lgi, mak selalu ckp mcm tu
bila hati sudah tidak sayang......begitulah..
the root cause is.. never be friend with your ex gf/bf kot.. kalo nak just friend suh dia be friend dengan pasangan kepada ex tersebut (yg sama jantina dengan dia) .. ishk nauzubillah la..
did..begitulah urang kalu cepat betul berubah kan..deii...ko lum tau lagi did ada kawan satu juga ni...anak dia baya2 saya tapi tu bapa p menggatal sama budak yang lebih muda dari kawan sia..deii ish tu bapa kannn inda malu owh..sa benci orang mcm ni..
did minta kena kasih jauh ja la perkara2 mcm ni
hem btol...skang banyak btol kes sebab yang bleh dibincangkan antara hubby wifiey
Post a Comment