credit [here], Janda Baik |
Sebenarnya, sahabat ini sudah hampir dua tahun memegang status janda- berkerjaya dan ibu tunggal pada seorang anak perempuan yang hampir sebaya anak sulung aku, dhani. Dalam sedu-sedan, dia mengadu tentang betapa dia dipandang rendah oleh orang sekeliling terutamanya perempuan kerana status jandanya, dituduh sebagai perempuan gatal nak berlaki.*meraung lagi* yang lelaki-lelaki pun lebih kurang sama, dalam pada bergurau ada maksud tersirat, mungkin dalam otak mereka fikir petik jari je boleh dapat 'cinta' kawan saya ni.
oohh..mentang-mentang dia tu janda kau ingat dia tu murahan sangat ke? asal janda je mesti kerja dia 'mencantas' boyfriend/tunang/laki orang, itu kata yang perempuan, yang lelaki-lelakinya pula ingat, asal janda boleh senang-senang je 'dapat', main mata terus je jatuh cinta. Janda pun orang -human being- juga tau, ada perasaan, ada maruah, ada harga-diri.
Mesti kau kata 'eleh, cakap pandai, cuba kalau mak janda tu menggatal kat laki ngko, nak ke?' alahai, kalau nak kira gatal tak gatal, jangankan janda, anak dara kah, bini orang kah, kalau memang jenis yang penggatal, tidak kira laki orang ke, tunang orang ke, boyfriend orang ke dia nak menggatal jugak! Terpulanglah pada si laki, kalau hati dia tetap, mesti dia tak layan, orang ni kalau lama-lama tak kena layan, dia boring dan give-up, tapi kalau hati laki tak tetap, itu nasib badan lah. :(
janganlah hanya sebab dia tu janda kita terus cop dia gatal, kerja asyik nak merampas laki/tunang/boyfriend orang. Ingat diorang nak sangat ke status janda tu? diorang pun masa mula-mula nak dapat status tu, perasaan berbelah-bagi tau, tidak dinafikan, ada ramai juga janda's yang 'kacau' laki/tunang/boyfriend orang tapi yang pasti bukan semua janda's begitu, ada juga antara mereka yang hanya mahu diberi peluang untuk menjalani hidup biasa dan dilayan seperti orang lain walaupun 'memegang' status janda.
Kesian pula bila ingat nasib kawan yang seorang ini, aku kenal dia secara peribadi dan aku tahu dia bukan jenis perempuan yang gatal nak 'menerkam' laki/tunang/boyfriend perempuan lain, sekarang ni pun hatinya masih lagi 'terluka' dengan kegagalan rumahtangganya, belum ada 'mood' nak mencari 'cinta' baru, apalagi bila dia hidup selesa dan gembira bersama anaknya. Semoga dia terus kuat dan tabah selalu.
p/s : sekarang ni, ramai je perempuan bujang yang aku kenal 'couple' dengan laki orang.
5 comments:
setuju, diorang yang kaki cop ni sebenarnya diorang la yang miang. kesian kwn tu.....
Kenapa bah juga tu minded macam tu kan?? si Aki pun ada kawan janda.. muda lagi.. slalu si Aki kacau2 main2.. cerita2.. kesian ba juga,dia pun sunyi ba tu.. yang lelaki tu,jangan lah ambil kesempatan ja tau.. bikin kawan kan senang.. ^_^.v..
setakat ini (seingat saya) saya tidak pernah ada prejudis pada mereka yang bergelar janda. Ada kawan sekerja yang janda di tempat kerja saya tapi saya anggap sebagai bujang saja.
Tidak pula terfikir janda ini suka merampas laki orang..
semoga kawan dida tu kuat semangat ya..
dei gia knp pul amau pndang serong sama janda...erm janda okey bah..ingat durang suka2 mau jadi janda ka did..sian juga ur fren kena label mcm tu..hope kawan ko cool ja sana ah..biar orang pikir kita mcm mana ..yng ptg kita ind abuat
Tapi suami saya kena rampas dgn janda anak satu.. Suami x nk tpi dia ugut akan santau saya. Dia yg rampas suami saya, dia call & marah2 saya & ugut nak saman sbb msg marah2 dia... Hmmm... Skrg diorg bersekedudukan & terpaksa kawen sbb sy dah putus harapan. Suami saya salah jugak sbb bg harapan kat perempuan tu w/pun dia mmg x nk kawen dgn perempuan tu
Post a Comment