Sunday, October 16, 2011

Relationship : Be Realistic

credit :Google
Semua couples mengimpikan relationship yang akan kekal dari bercinta-bertunang-berkahwin dan seterusnya hidup bahagia bersama sehingga ke akhir hayat, untuk kekal dalam satu perhubungan bukan mudah, kena ada commitment dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Kalau sekadar untuk suka-suka atau hanya untuk enjoy-enjoy  itu adalah hubungan yang buang masa.merugikan!

Dasar kepada perhubungan ialah : Respect - Hormat, selain daripada Trust-Kepercayaan, sebenarnya ada banyak alasan lagi tapi pada saya ini antara yang paling basic selain daripada komunkiasi dan honesty.

Pada saya nilai sesebuah hubungan itu bukan hanya diukur on berapa banyak ucapan 'cinta' yang diluahkan oleh pasangan kepada kita, tidak kiralah melalui SMS, MMS, atau lisan sekalipun, tetapi hubungan sebenar 'bernilai' lebih dari sekadar itu, Saya pernah terbaca satu tulisan [tidak ingat siapa] yang mengatakan dia mahukan 'lelakinya' keep on calling or texting her every 5 minutes untuk updates dia kat mana and also just to tell her, i love you, i need you, i want you - alasannya ialah, itu adalah trust-kepercayaan, saya kata itu bodoh dan gila!, ukuran cinta dan kepercayaan bukan berdasarkan kepada berapa banyak SMS,MMS atau Call dia kepada anda tetapi sejauh mana dia mahupun anda mempercayai sesama sendiri dalam menguatkan lagi hubungan perasaan anda berdua.

Memanglah cinta itu terlalu mengasyikkan, saya akui, tetapi asyik dalam percintaan tidak bermakna anda juga perlu menjadikan hubungan anda itu cinta agung ala-ala percintaan kayangan, percintaan dalam novel ataupun drama! Biarlah realistic - sedar bahawa cinta agung yang sebenar hanyalah kepada Pencipta. Tidak akan ada cinta agung selain Tuhan.  Anda perlu sedar bahawa sebagai manusia biasa anda tidak mampu menjangka sikitpun akan untung-nasib perhubungan anda, tidak kiralah atas dasar apa sekalipun - persahabatan-percintaan-pertunangan-perkahwinan sekalipun, hubungan sentiasa ada ombak-badainya, hanya yang benar-benar kuat sahaja yang pasti akan mampu mengharungi semua dugaan.

Jangan kata yang bercinta mahupun bertunang, alangkan saya yang sudah berkahwin dengan dua orang anak ini pun tidak pernah pasti akan masa depan rumahtangga saya - saat ini, ya mungkin saja bahagia berterusan, tapi esok-lusa-tulat-langkat, siapa yang mampu menjangkakan?

Sesebuah hubungan itu juga perlu ada rasa respect - hormat kepada pasangan masing-masing. Hormat bukan bermaksud anda perlu tunduk, patuh dan angguk pada setiap arahannya setiap masa tapi ini lebih kepada sejauh mana anda rasa selesa, senang dan mudah selama bila bersamanya. Tiada rasa takut dan tiada rasa dikongkong, bila ada rasa takut dan dikongkong itu bukan keselesaan dan itu juga menyusahkan!

Anda perlu dihormati dalam apa circumstances sekalipun, You have to respect and to-be respect on one another's differences, opinions, bodies, families and friends. Dan kalau dia mula berkata atau act something yang menyakitkan dan menjatuhkan maruah anda itu adalah dis-respect! *tiada kompromi*

Baru-baru ini (tidak terlalu baru), saya menerima satu emel daripada seorang sahabat and a sister [i guess] yang meminta pendapat perihal hubungan cinta, walau saya bukan experts tapi bila dia meminta pertolongan saya rasa harus untuk menolong, kebetulan saya juga pernah melalui perkara yang hampir-hampir sama dengan pengalamannya.

Dalam e-mel tu, antaranya, dia menulis begini :
"....tiap kali gaduh mesti akan cakap 'kau ni memang perempuan sundal, kau pegi jual badan kat jantan lain' ". Kalau setakat perkataan pelacur, sial,babi,bodoh tu dah jadi benda yang wajib dia cakap.."

Pada saya ini adalah dis-respect, akuilah bahawa sundal, bodoh, pelacur, lembu, lembab itu adalah bukti akan betapa tidak hormatnya dia kepada anda dan perasaan anda - dia sebenarnya sedang mendera perasaan anda, dan penderaan perasaan jauh lebih menyakitkan berbanding dipukul-terajang!. Jika satu hari nanti anda memilih untuk terus bersama dia, bayangkan apa dan bagaimana perasaan anda bila setiapkali dia berkata begitu kepada anda, di hadapan kawan-kawan anda, di hadapan keluarga anda, dihadapan anak-anak anda? Sanggupkah anda untuk terus menerima dan berhadapan dengan penderaan itu setiap masa?

well, jika anda sanggup kerana cinta agung anda, silakan- tapi, be realistic dan fikirlah masa hadapan yang panjang, jangan anggap hubungan ini hanyalah antara anda dan si-dia, tapi fikirkan sekiranya anda mengambil keputusan untuk berkahwin, pasti akan anda hubungan antara keluarga, sahabat-handai, saudara-mara dan orang terdekat, bagaimana mungkin dia mampu menghormati mereka semua bila dia, at the first place tidak sedikitpun mampu menghormati anda selayaknya. Jangan jadi bodoh dan jangan terus-terusan memperbodohkan diri!

Saya pernah melalui pengalaman yang sama dan saya pasti lelaki jenis ini ialah lelaki romantik yang sangat kuat cemburu, tapi mungkin kerana saya tidak pernah allowed other people to looked down and dis-respect me, saya tidak ragu-ragu membuat keputusan untuk berpisah darinya walau pada hari pernikahan saya dia masih terus-terusan menelefon dan meminta supaya saya jangan teruskan, dan walaupun setelah bergelar isteri dia masih lagi datang mengajak makan tengahari ataupun menghantar-menjemput saya pergi-balik [kebetulan, awal-awal perkahwinan, saya di sabah dan suami di kl]. Tapi, kerana saya yakin dan pasti dengan keputusan saya, maka, saya survived dari merasa simpati kepadanya.

Kepada dia yang bergelar perempuan itu, fikir dan renung kembali-apa bentuk hubungan masa hadapan yag anda impikan? Samada anda mahu kisah cinta anda itu diadun dengan kasih-sayang yang penuh rasa hormat dan kepercayaan bersama, ataupun anda mahu dilayan seperti perempuan yang maruahnya sentiasa dicalar dan dihina?

9 comments:

Elih Japahar said...

Inilah realiti percintaan yg harus kita hadapi didunia pinjaman sementara ni..kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan..

BOBOayeeN said...

mmg betul must to be realistic...not only now but for future life...

emy|farid said...

tak guna hidup atas dasar cnta bila terus menerus dktakan mcm 2, tseksa jiwa

kay masingan said...

Sulit o dida..
Tapi kalau saya, serta merta saya akan tinggalkan lelaki ini tapi dari pemahaman saya, mesti lelaki jenis begini tidak mau kasi lepas perempuan dengan mudah kan? mesti dia akan ugut2..

i don't know, mungkin saya agak pesimis, tapi itu yang saya rasa bila baca entry ko ni..

Lee said...

Hi Dida, whatever it is, no matter what, love not only makes the world go round, but what a roller coaster ride it can be.
Have fun and keep well.
Lee.

Unknown said...

dida,

ko punya entri selalu mengingatkan sy tentang cerita 'hidup ni nda selalu indah'..

tp itulah hakikat kehidupan kan..

semua yg ko tulis di sini.. semuanya betul..

sy pernah merasai saat2 nda enak ni.. ko tau, masa tu.. kalau sy nda ingat Tuhan atau org2 disekelilingi sy.. mahu seja sy mencabut nyawa sy sendiri sebab nda sanggup mo menghadap masalah yg sama..

pokok pangkalnya, respect & trust dalam perhubungan memang wajib disemai dari awal perhubungan lagi..

Woofer Storm said...

bz ea sis??heheee

utamakan yang pnting,baru update jika mampu..tak gitu??hehee

its me said...

thanks...trully thats my problm actly..

Anonymous said...

terbaik :)