Tuesday, December 27, 2011

anak dan adik perempuan



Seingat aku sejak dari kecil lagi aku memang sentiasa mengharapkan agar aku akan ada adik perempuan, sampai kadang-kadang aku jadi terlalu mengharap sehingga sanggup minta ayah aku ambil anak angkat untuk dijadikan adik perempuan, walaupun aku ada anak buah perempuan yang cuma beza 4 tahun je dari aku tapi sebab dia kecik-kecik dulu kuat melalak jadi aku jadi tidak 'ngam' dengan dia.

Setiap kali aku tengok kawan-kawan ada adik beradik perempuan yang rapat, aku memang jeles! aku imagine lah kalau aku ada adik perempuan aku mesti akan jaga dia elok-elok, jalan pegang tangan, main sama-sama dan aku rasa reason paling kuat kenapa aku nak ada adik perempuan, supaya aku boleh kongsi bilik, katil, selimut dan bantal sama-sama, aku imagine malam-malam aku dan adik perempuan aku akan curi-curi makan popcorn/junkfood bawah selimut sambil gelak-gelak atau tengok horror movie.

Tapi impian untuk punya adik perempuan itu hanya tinggal impian, sampailah aku berkahwin dan mengandung anak pertama, sebaik saja tahu aku mengandung naluri untuk punya anak perempuan semakin membuak-buak, kali ini aku mula imagine portraiture bahawa aku akan berjalan berpimpin tangan dengan anak perempuan aku yang cute dengan dua ikatan ponytail dikepalanya, tapi harap punya harap, Allah bagi aku rezeki anak lelaki, Dhani, walaupun bukan perempuan aku redha dan terima seikhlas hati, syukur kerana dhani lahir sebagai anak yang sempurna, keterujaan menjadi ibu kepada dhani buat aku lupa sekejap impian 'anak perempuan', mengandung kali kedua, aku keguguran dan time tu instinct aku kuat mengatakan yang baby itu adalah perempuan. Kali ketiga mengandung, aku redha, kali ini aku tidak kisah dapat lelaki atau perempuan,walaupun sekali-sekala aku ada terdetik mahukan anak perempuan tapi mungkin kerana kekecewaan sebelumnya buat aku tidak kisah sebab kali ini aku cuma pentingkan agar kandungan aku selamat, dan lahirlah Rafael.   

Ketika ini Rafael sudahpun setahun sembilan bulan, sudah cekap berjalan/berlari walaupun masih belum pandai bercakap, dan akhir-akhir ini aku mula terbayangkan akan kehadiran seorang lagi anak kecil dalam rumah ini, cuma kali ini aku rasa hati aku kuat mahukan anak perempuan, aku ingat aku pernah 'tercakap' yang aku mungkin tidak akan dapat menerima keadaan sekiranya rezeki anak aku seterusnya adalah lelaki. Mungkin kerana kehendak dan impian aku dari kecik buat aku cakap benda mengarut begitu, kalau dikira betul, tidak kisah anak lelaki atau perempuan, mereka itu tetap saja rezeki dari Tuhan dan seharusnya aku bersyukur kerana anak-anakku sihat dan sempurna jika dibandingkan dengan dugaan dan ujian ibu-bapa lain yang maha-pelbagai.

Sebagai manusia yang tidak akan pernah tahu rahsia kehidupan, aku sedikitpun tidak layak untuk menidakkan anugerah yang dikurniakan kepada aku dimasa hadapan, itupun kalau Allah masih mahu bagi aku rezeki beranak, kalau tidak, lagi padan muka aku. Mungkin sebab hati aku yang sentiasa terdetik mahukan anak perempuan, jadi penyebab kenapa rafael selalu sahaja tidak sihat, aku rasa Allah sedang menguji aku sebenarnya, supaya aku jadi manusia yang lebih bersyukur dalam menerima segala ketentuan Tuhan. Ya memang benar, rahsia hidup hanya Tuhan saja yang tahu.


2 comments:

ummiP3 said...

setiap yg berlaku ada sebabnya...redha dgn ketentuanNya

BOBOayeeN said...

moga impian ko utk dpt baby girl akan tercapai suatu hari nanti