Friday, December 9, 2011

Mabuk Bermusim-OR

Beberapa hari ni di mana-mana sumber, blog ke, FB ke, Twitter ke, dala bas ke, dalam Tren ke, dengar orang cerita time aku tunggu laki pick-up kat stesen Sentul Timur ke - pendek kata semua orang bercerita benda yang sama ..filem Ombak Rindu, ramai orang kata best, kata romantik, kata menyayat hati, kata boleh nangis, kata macam-macam lagi - itu berlaku bila cerita ini difilemkan dan keluar panggung lalu jadi box office.

Masa OR masih dalam bentuk buku setebal 576 muka surat tak ramai pun orang bercerita tentang kehebatan OR, tak ramai pun yang cakap cerita ni best sampai nangis, tak ramai pun yang kata ini kisah romantik, atau macam-macam lagi.

mungkin sebab orang tak boleh imagine rupa hariz dan izzah dalam buku tapi bila dalam filem orang nampak Maya Karin & Aaron Aziz, atau juga mungkin sebab dalam bentuk buku menghabiskan 576 muka surat itu terlalu 'payah' daripada menghabiskan masa 2 jam dalam Panggung untuk mengetahui keseluruhan cerita, walaupun agak mustahil memfilemkan keseluruhan isi novel OR sebenar.

Tapi, apa-apapun, ini trend bermusim, novel 'didrama bersirikan' atau pun 'difilemkan' atau 'ditele-moviekan', untuk trend akan datang sama-samalah pula kita nantikan.

3 comments:

Dunia Realiti a.k.a Elih said...

Tak minat sgt dgn filem romantik dan sedih ni..tp kalau tengok dgn awek mgkin boleh dpertimbangkan lah bhahaha..

fashla said...

baru nak g tgk lah ni sbb mana2 org bercerita..

Azeanthy Paiman said...

i never seen Ombak rindu sis..sgt best ka tu??mcm mau tgk jg pula ni tau..huhu.