Saturday, December 10, 2011

Riak dan Bongkak itu amat meloyakan!


Hari itu aku ada terlibat satu taklimat secara langsung tentang skim baru, pembentangan itu pun dibahagi-bahagikan dalam beberapa bab dan setiap bab dibentangkan oleh orang / pegawai berasingan, ramai sebenarnya yang hadir tapi sebab aku memang ditempatkan di HR Department, kehadiran itu bukan sahaja penting tapi wajib, tak nak ketinggalan aku dan kawan aku terus je duduk di mana-mana tempat yang available untuk dua orang.

Masa nak duduk tu pun aku dah perasan dah ada tiga orang 'manusia' yang duduk belakang kitorang tu agak 'riuh' sikit tapi tak tak kisah, mula-mula tu kitorang memang tak perasan butir bicara mereka tapi lebih kurang dalam 10minit lepas itu aku mula dengar dengan jelas butir percakapan diorang, sebab : 1] tiga serangkai ni memang bercakap dengan suara yang kuat, sampaikan line depan aku pun boleh dengar apa diorang cakap, 2] tiga serangkai ni memang tak henti-henti bercakap, even bila penceramah kat stage tu bercakap pun, diorang sibuk nak cakap juga siap buat ulasan dan komen lagi, macam cakap dia seorang je yang boleh pakai.

mula-mula memang niat tu tak jelas sangat tapi bila sampai bab pencapaian prestasi, dan bila penceramah tu sebut ' Prestasi seseorang akan dinilai dari pelbagai aspek, bla bla bla bla bla...kebolehan dan kemahiran dalam pelbagai bidang termasuk bahasa..bal bla bla...tiba-tiba, kitorang dengar suara belakang tu cakap ' oo...i can speak mandarin also tau!' dan itu terlalu kuat dan jelas bila orang yang duduk dua line depan aku pun menoleh, kitorang yang duduk betul-betul depan dia apatahlagi!  cuma mungkin tidak terlalu kuat untuk sampai di pendengaran telinga penceramah atas stage tu.

Betul, tak dinafikan dia tu memang hebat bila ada kemahiran bahasa lain, tapi tak  perlu pun dia nak bagitahu semua orang dalam dewan akan kebolehan dia tu, sebab rasanya dalam dewan tu pun bukan dia seorang saja yang fasih dan tahu bahasa lain, apalagi kalau setakat bahasa mandarin, dulu time aku masih kerja dengan company aku pernah jumpa orang yang tahu 3 jenis bahasa lain : Latin, France dan Japan selain dari English dan Bahasa Malaysia, tapi seingat aku takde la pula dia tu nak riak dan bongkak sampai begitu sekali. Bukan apa, kan lagi bernilai ilmu itu kalau kau gunakan untuk macam-macam hal kearah yang baik-baik belaka, instead of kau gunakannya untuk menunjukkan lagi kebodohan dan kecetakan fikiran bila kau menunjuk-nunjuk dengan penuh riak dan bongkak. yang bukan sahaja menjengkelkan tapi malah amat meloyakan!

Mungkin dia lupa, setakat bahasa mandarin, berlambak je melayu [no offense] di luar sana yang fasih bercakap, aku pernah terlibat dalam satu sesi temuduga pegawai lapangan berbangsa cina , salah satu ujian bertulis ialah calon perlu untuk translatekan artikel bahasa melayu kepada tulisan cina [mandarin] dan dalam ramai-ramai tu ada candidates chinese [no offense] yang tidak tahupun menulis dalam bahasa mandarin dan ada candidates berbangsa melayu yang bukan saja pandai bercakap tapi siap pandai tulis bahasa mandarin lagi time tu, itu baru aku kategorikan, hebat [for malays]. Kalau setakat kau tahu cakap dan kemudian nak tunjuk riak dan bongkak, maaf, anda mungkin belum layak digelar pandai dan berilmu!


bukan lah nak jelous pun, aku dulu pun time belajar ada juga ambik bahasa arab sebagai bahasa asing tapi sebab aku memang dungu jadi bahasa arab tu jadi bahasa dalam sijil je, aku tak tahu sikit habuk pun.Cuma mungkin kalau count into account aku juga tahu bercakap dengan baik beberapa dialek lain selain dari bahasa dusun, kalau setakat, wo bu se hao ren, wo bu ming bai ni chiang shen me, aku pun bolllehhhh.....[nak credit jugak teww..hahah]

gambar adalah sumber dari Google

1 comment:

kay masingan said...

Hahaha...oh rupanya kita saya Dida, telah berhadapan dengan situasi orang yang berlagak...tak apa lah, bagi mereka ruang untuk menyebarkan lagak mereka...