Wednesday, December 14, 2011

apresiasi untuk pemunya jiwa yang kental!

sumber gambar
Hujung bulan lepas, aku -sefamily- singgah di Tesco Extra, Ampang, niatnya cuma untuk mencari beberapa barang peribadi aku dan sedikit buku trace and write untuk dhanie, selebihnya cuma window shopping. Memandangkan aku ada dua anak lelaki yang super-lasak, maka mereka terpaksa di di splitkan bagi memudahkan urusan beli-belah, rafael dengan aku dan dhani dengan bapanya.

Dipendekkan cerita, setelah aku selesai, baru aku tersedar yang aku tidak membawa handphone, dengan rafael ditangan yang tidak reti duduk diam sudah tentu aku tidak berselera untuk meredah orang ramai mencari dhani dan bapanya ke setiap station, public phone pula aku cari tak jumpa, mahu tidak mahu aku memilih untuk menunggu mereka di pintu keluar/masuk bagi membolehkan rafael bebas kesana-sini while under my supervision.

Duduk sebelah aku ketika itu ialah seorang ibu muda berbangsa cina[no offense] dan anak kecilnya yang lebih kurang dalam 8-9 bulan, Rafael memang sukakan baby jadi dia mula bermain-main dengan baby sebelah, aku yang kemaruk baby girl pun sibuk juga meng-agah baby tu, tiba-tiba si ibu yang sedang tersenyum itu berkata 'she's blind', aku berusaha menyembunyikan riak terkejut di mukaku walau dalam hati aku memang terdetik perasaan sungguh tidak sangka, patutpun baby tu tak senyum bila aku buat chi ku chak.

Dalam pada sibuk-sibuk melayan anak masing-masing, alice berkata 'i think you're not from around here right? you sound different when you talked..' Bila aku kata aku orang sabah dia angguk-angguk sambil kata 'your skin were just like mine'. Perbualan aku dan alice berterusan dan kebanyakannya berkisar tentang anak kecilnya, dia bercerita mengenai rawatan dan kos hinggalah kepada kisah dia ditinggalkan oleh ayah kepada anak perempuannya, Maya. Kali ini aku tidak dapat mengelak daripada memberi reaksi wajah, Alice ketawa kecil memandang aku, walau aku tidak berkata apa-apa tapi alice bersuara 'he is suck, right?' dan spontan aku jawab 'ya,stupid too'.

Aku kira alice antara perempuan yang paling kuat dan kental pernah aku jumpa, kelihatan tabah dan masih mampu tersenyum walau dalam keadaan hidup yang paling menekan ketika ini, dan jelas naluri ibu memaksa alice untuk terus menjadi kental meredah hidup untuk satu-satunya anak perempuannya, Maya, walhal si suami sanggup lepas tangan, lepas tanggungjawab semata-mata kerana tidak mahu menanggung beban menjaga anak yang kurang bernasib baik itu.

sebelum berpisah, aku katakan pada alice 'i'm lucky enough meeting someone like you, as a mother and a woman you're strong enough to faced this thing' , sambil bersalam dengannya, tanpa bertanyakan no.telefon, FB, emel atau sebagainya aku dan alice berpisah begitu saja, ketika menulis ini, seribu kekesalan dalam hatiku kerana tidak terlintas pun untuk bertanya dan meminta  semua itu untuk menyambung 'ikatan'.

Tak apa, mungkin bukan rezeki aku untuk menjadi 'kawan' kepada alice kali ini, mungkin juga memang bukan rezeki aku untuk menjadi kawan kepadanya, mungkin aku hanya bernasib baik untuk ditakdirkan menjadi pendengar sekejap waktu kepada bebanan yang dipikul oleh alice, dan mungkin juga alice hanya mahu bercerita kepadaku, sekadar untuk meluah dan meminta didengari.

Tidak kisah, apapun kemungkinan antara kisah kebetulan aku dan alice, masih aku tidak mampu menafikan akan rasa kagum aku kepadanya, dari sudut ikhlas hatiku, aku tetap mendoakan perkara terbaik selamanya untuk alice dan si kecil, maya.

Akhir sekali, aku apresiasi kan post ini untuk semua wanita yang punya jiwa kental dengan kata-kata "a strong women is one who is able to smile this morning like she wasn't crying last night "

2 comments:

Mrs Nurul said...

semua orang ada kisah masing2...semoga alice terus tabah...

beaty said...

wah tabah alice ni..dia still mampu smiling kan did walau pun dia kena tgl hubby dia n anak dia blind ni..kesiann..

semoga dia tabah