baby girl ;) |
Masuk parking, kitorang disambut oleh budak perempuan umur sekitar 6-8tahun berketurunan india [no offense], dengan riang senyum dia hulurkan tiket parking kat kitorang, ala, paper nipis je cuma computer printed tulis masa masuk ke OTK, ye lah..setakat OTK takkan nak pakai mesin style KLCC kan.Bila tengok budak tu senyum lebar, aku balas dengan senyum lebar juga dan en.suami ucap 'thank you', si kecil comel-lote itu angguk.
Tak sampai sejam, kitorang dah setel, setakat beli 'jajan' budak dua orang ni tak lah perlu memilih bagai, sebabnya diorang pandai cari kehendak hati masing-masing, aku dan en.suami tolak troli je, tunggu diorang letak barang je, yang lucu dalam pada sibuk-sibuk cari jajan, dhani sempat minta tolong ayahnya ambilkan ubat gigi Darlie perisa apple hijau sebabnya ubat gigi diorang dah habis, nasib baik dia ingat!
Time nak keluar parking tu sekali lagi kitorang dilayan oleh budak kecil comel-lote tadi, aku senyum pandang muka penuh ceria kanak-kanak itu sambil berlalu, tiba-tiba dalam hati terdetik nak tanya suami 'awak, kalau tiba-tiba ada orang hantar baby depan rumah kita, awak nak jaga ke?'. Suami Jawab 'jaga jelah, even kalau baby yang orang hantar tu cacat sekalipun kalau dah memang depan rumah kita, itu kira rezeki Tuhanlah'.
Well, aku memang puas hati dengan jawaban itu, sebab aku pun memang berfikir macam tu, tapi entah kenapa aku masih juga gatal mulut nak tanya, 'kalau baby india, macamana?' jawab si suami' Rezeki Tuhan ada macam-macam bentuk, jangan kata rezeki tu benda yang elok-elok je, ada juga yang 'tak sedap' nya, tapi kalau itu yang Tuhan bagi ke kita, kena terima dengan khlas hati'.
sebenarnya, kalau tanya hati sendiri pun aku tak kisah kaler apa pun kalau dah 'diberi' tu aku terima, cuma bila en.suami kata 'rezeki tak sedap', aku terfikir, untung nasib manusia itu kan hak Allah, baik atau buruk itu ketentuan dan semestinya setiap perkara yang berlaku, tidak kira baik atau buruk, tetap saja ada hikmah disebalik segala kejadian. Cuma, tidak semua manusia sedar akan 'bentuk' rezeki itu yang bagaimana, mungkin bila diberi rezeki itu lebih disini-tetap ada juga sedikit kurangnya disana, mungkin hari ini untung- hari lain kita rugi, atau macam-macam lagi, asasnya : mahu mengajar manusia itu agar tidak menjadi TERLALU TAMAK!!!
1 comment:
sangat setuju dengan rezeki tak sedap tu.... :)
Post a Comment