Tuesday, February 22, 2011

Oh!

Selalunya, di satu masa dahulu setiapkali saya berhadapan dengan sesuatu perkara yang memberatkan kepala , saya lebih suka menulis perasaan saya pada sebuah buku yg saya suka menggelarkannya Journal....ada ketika saat saya menulis itu saya akan menangis dan kekadang tersenyum sendiri...kini walaupun saya masih suka menulis dan mengadu pada journal tetapi nyata karier sebagai ibu dan surirumah yang bekerja terlalu menyekat ruang masa saya untuk itu, semalam semasa sedang mengemas kabinet saya secara tidak sengaja terjumpa journal kuning itu, saya belek dan dapati kali terakhir saya menulis didalamnya adalah pada september 2009..

Wah! begitu sekali masa mencemburui saya, sehinggakan utk menulis barang sepatah kata di dalam buku itu pun tidak berkesempatan, walaubagaimanapun saya tidak membaca kandungan tulisan saya itu kerana saya takut peristiwa terakhir dalam catatan itu ada sesuatu yang tidak menggembirakan, apa yang istemewanya buku itu pada saya?

Selain daripada buku berwarna kuning terang yang saya panggil Journal, saya sebenarnya lebih selesa mencatatkan semua dalam journal itu menggunakan tulisan ciptaan saya sendiri yang mana hanya saya seorang sahaja yang akan mampu membaca dan memahaminya.. =D

ok, ini sj utk kali ini...lain kali sambung lagi OK!


No comments: