Tuesday, June 28, 2011

Ada yang suka, ada yang Kureng!

Hola peeps!

Minggu ini saya ambil banyak masa menjadi pengkomen dan menjadi silent reader semasa blogwalking, yang rasa-rasa kena di hati saya follow, yang sebaliknya saya baca sikit kemudian blah! menarik sebenarnya dunia blog kita yang tidak seberapa ini. Boleh jumpa bermacam-macam jenis manusia.

Yang ramah-tamah tu dia sapa semua orang, tidak kisah samada orang itu sapa dia balik atau tidak, yang kurang ramah tu dia sapa hanya sesetengah orang saja, terutamanya di kalangan kawan-kawan, kenalan-kenalan atau yang mereka yang satu 'klik' sahaja, yang biasa-biasa, dia hanya akan sapa bila ada orang sapa dia dan sebaliknya dan ada juga yang biar banyak manapun dia tidak akan menyapa siapa-siapa..biar orang tu komen sampai muntah sekalipun dia okayyy jee...

Sentiment begini dalam kehidupan normal sudah lama dipraktikkan,sedar atau tidak sedar je kan? contohnya, kalau berkenan dengan yang cantik, yang kureng cantik tidak dipedulikan, kalau berkenan kerana budi bahasa dan sopan -santun, yang rugged dan kasar sikit tidak dipandang, kalau berkenan yang sempoi, yang skema batak akan diabaikan..itu lumrah beb!!

Ikut nasib lah,kalau nasib baik, you'll jump into their lists, kalau kureng bernasib baik, jadilah macam orang yang meminta-minta, kalau nasib baik dapatlah habuannya, kalau tidak, gigit jarilah..dan yang paling tidak bernasib baik,merengek merayu macamana pun tetap tidak akan dilayan.....sedih....

Ok, kali ini entry memang banyak merapu, yang pasti ada yang suka, dia terima dan yang kureeeeng suka, dia "butthurt"..tapi, just make it simple...semua terpulang kepada anda sekarang...kita fikirlah sama-sama!

p/s : Don't judge the book by its cover...

No comments: