Sunday, June 5, 2011

Ketika aku & AdindaEvans sama-sama 14 tahun....

Dear peeps!

Kisah Adinda Evans beberapa hari ini benar-benar menjadi cerita "terhangat" di pasaran. Majoriti blog bercerita mengenai Adinda Evans, kebanyakannya mengutuk dan mencaci Adinda Evans tidak kurang juga yang bersimpati pada Adinda Evans.Pengakuan Adinda Evans memang berani! mana ada lagi perempuan yang buat blog dan kemudian buat entry mengenai dia yang "sudah pernah maen" dan "sudah hilang dara" apalagi yang buat entry itu adalah seorang budak bawah umur, baru 14 tahun tetapi sudah ada pengalaman tentang seks! ...tidak hairanlah, orang sibuk nak tau, nak cerita, nak maki, nak kutuk, nak nasihat, nak tazkirah si adik Adinda Evans ni.

Jadi rasanya tidak perlulah saya buat entry pasal budak Adinda Evans ni sebab ceritanya saja ada di mana-mana, cari saja dalam blog-blog dari blog famous sehinggalah blog biasa-biasa saja, atau di Facebook, lihat saja berapa banyak Fanpage dibuat untuk Adinda Evans atau trending twitter paling Top mengenai adinda Evans, sampaikan Juliana Evans pun Tweet announced yang dia tidak ada kena mengena dengan Adinda Evans.

Bila baca entry-entry mengenai Adinda Evans, saya kenang kembali kisah saya ketika berumur 14 tahun, sama dengan usia Adinda Evans sekarang. Ketika saya berusia 14 tahun saya amat bencikan seorang lelaki Fakistani (suami orang) yang duduk rumah mentuanya betul-betul sebelah kedai runcit kampung, setiap kali pergi ke kedai itu mesti fakistani tu duduk luar rumah, sambil usha-usha dan senyum-senyum pada saya, kadang-kadang  siap main mata lagi dan saya akan balas dengan jelingan paling tajam dengan sumpah seranah dalam hati! sungguh saya benci lelaki fakistani itu dan kesannya sampai sekarang saya kurang gemar dengan fakistani.

Diusia 14 tahun juga, saya tidak pernah tahu erti "seks' yang sebenarnya, kalau saya nampak dua ekor anjing yang melekat antara satu sama lain, cepat-cepat saya ambik batu dan baling, bila terkena batu pasangan anjing itu mesti akan lari bertempiaran..lega hati saya..

Diusia 14 tahun, saya sudah pandai menonton cerita "Baywatch" Pam Anderson dengan 2 biji lemon besarnya akan bergoyang kiri-kana bila dia berlari, tapi saya sedikitpun tidak terganggu tentang itu, cuma hati saya akan rasa sebal bila bapa saya marah sebab saya tengok cerita yang "tak elok" katanya, sedangkan saya suka benar dengan cerita penyelamat itu.

Banyak benar bezanya kisah saya dan Adinda Evans ketika sama-sama berusia 14 tahun, sebab ketika itu saya tidak faham pun makna "seks" dalam ertikata sebenar, jika dibandingkan dengan Adinda Evans perjalanan hidupnya masih jauh lagi, masih banyak lagi perkara yang perlu dicapai dan digapai, masih banyak lagi harapan dan tanggungjawab perlu dilaksanakan dan ditunaikan. Semoga apa yang berlaku mahupun yang dilakukan oleh Adinda Evans tidak akan menimbulkan sesalan kepada Adinda Evans dimasa hadapan.

p/s: Yg kurang pasti siapa itu Adinda Evans, minta bantuan Mr.Google sebab saya tidak akan bagi Link..sorry..*wink*wink*

3 comments:

Azeanthy Paiman said...

pengakuan berani dari big mem juga..sya jg bencikan seorang pakistan(jual kain dari rumah ke rumah) sejak berumur 14tahun.menakutkan kan sis..hehe.

Aki said...

c Aki lebih jajal dari ni budak waktu 14 tahun.. tapi nda post dalam blog.. Hahaha.. teruk kan c Aki.. tapi skrg insaf sudah.. ^_^.v..

DiDa said...

@Aki

ya butul! buat apa post dlm blog..kin malu diri sendiri ja...bagus lah nak!ko sudah insaf aki..hahah