Kejadian pada hujung minggu yang berlaku tiga minggu lepas, saya dan en.hushband bawa anak-anak ke kolam air KLCC. Malas berbasah-basahan, saya duduk tepi tangga memerhatikan anak-anak dan bapanya dari jauh, si Dhani aksi baring, berguling, melompat, berlari, menyelam, berenang semua ada! rafael pula main hentak-hentak kaki sambil berpaut pada kaki bapanya, tiada sebarang aksi sebab penakut!
Di belakang saya ada sepasang 'photographer', sebabnya ada DSLR tergantung di leher kedua-dua mereka dan juga sebab saya tidak boleh menafsir samada mereka itu kekasih, suami-isteri, kawan ataupun memang hanya photographer. Kemudian secara sengaja walaupun tanpa niat saya terdengar perbualan mereka.
Perempuan : tengok makcik pakai t-shirt oren tu gantung kamera macam pro, padahal kamera cikai je..
Lelaki : > tiada jawaban <
Langsung anak mata saya juga mencari kelibat makcik seperti yang dikatakan oleh perempuan itu tadi. ok! saya nampak makcik ..eh..akak tu sedang sibuk 'shoot' gambar anak perempuannya yang comel dan montel, si suami pun ada di sebelah akak tu. Saya bukanlah arif sangat, jauh sekali photographer hebat tapi rasanya camera akak tu taklah old fashion sangat sebab rasanya kamera akak tu canggih sedikit jika dibandingkan dengan kamera canon kepunyaan saya ni...(jangan sengih, sebab saya tahu ni camera old-fashion...hehehe)
Canon Powershoot A550 |
dan akak tu punya, kelihatan ala-ala seperti ini... i guess lah...(saya sempat 'intai' jenama kamera tu masa akak tu lalu tepi saya)
Dalam hati saya terdetik, tahulah DSLR dia tu hebat bagak! tapi tak payahlah nak bandingkan dengan orang lain punya, rezeki kan lain-lain..entah-entah akak tu punya yang lagi canggih tapi saja tak nak tayang..mana tahu kan??...ataupun entah-entah si 'photographer' tu kamera je gempak tapi tak reti pun sebenarnya ambik gambar dengan betul...mana tahu kan??
atau mungkin lagi hebakkk kalau ada kamera yang sedap dan menyelerakan seperti ini...kan?
p/s : Syukur, nasib baik saya tidak bawa kamera saya sekali kalau tidak mesti saya jadi mangsa kutukan 'photographer' tu..
4 comments:
Ellen tak der lagi kamera2 canggih ni...yang ada pun kamera Hp jer..hehee
@ellen~camera HP pun buli thn ba..apalg klu fon yg canggih...camera pun mesti canggih tu..
eh tak baik lah perempuan tu cakap mcm tu.....
@kay masingan hi kay...sori la tp honest to tell u, andang2 baitu klu tulun hiti..dorang suka show off gima kn...
Post a Comment