Tuesday, August 9, 2011

Hati yang Goyah

Happy weekend peeps!


Entah kenapa hari ini tiba-tiba terasa mahu bercakap soal hati. Orang kata cerita hati adalah subjektif. mungkin. tapi perkara yang subjektif itulah yang orang suka kan?
Ini juga kisah mengenai dugaan hati. Manusia memang selalu kalah dengan dugaan, tidak kira besar atau kecilnya bentuk dugaan itu . ehh...dugaan juga perkara yang subjektif kan?..patutlah saya pun suka..hehe.

Manusia cepat lupa bila segala-galanya ada di depan mata. cepat lupa diri.cepat lupa asal-usul. bila lupa asal-usul, lupa diri mula lah terjadi macam-macam, perangai pun pelik-pelik, hati yang dulu kuat juga mula goyang.

Kalau dulu, susah-senang dihadapi bersama, tidak kiralah betapa berat pun dugaan dan betapa hebatnya rintangan , kerana hati masih kuat, perasaan masih kukuh, semuanya sanggup diharungi. Tapi bila saja nama dijulang, wang-ringgit dalam genggaman, hati mula goyah.

kalau dulu ada dua keping hati bersatu mesra kini tidak lagi, hati yang satu lagi itu ditinggal dan tidak dipedulikan, bila nama sudah dijulang, dia lupa dan dia tinggalkan sekeping hati itu, sebab dia sudah mula melihat ada berkeping-keping lagi hati yang mudah untuk dicapai. hati yang lebih gebu untuk digenggam dan lebih lembut untuk dijamah.

Itulah manusia yang lupa diri. hati manusia yang mudah goyang,  kalah pada godaan wang ringgit dan nama yang dijulang.Mungkin kerana dia lupa, sekeping hati yang merah kerana cintanya itu pernah mengharungi pahit-getir bersama kini sedang berdarah dan menangis juga kerana cintanya yang goyah.

Kepada hati yang melukai itu, ingatlah kisah gembira bersama hati gebu itu tidak selamanya berwarna-warni indah seperti pelangi, satu hari akan pudar juga warna ceria itu. Kepada hati yang dilukai itu, berhentilah dan jangan biarkan hati itu terus menangis, esok-lusa, cepat atau lambat, pasti ada hati baru yang lagi ranum mahu datang mengisi dan mengubati.

p/s : bukan ceritera putus tunang..:)







23 comments:

Unknown said...

Kepada hati yang dilukai itu,sekarang punya hati yang baru,semoga hati ini tidak lagi dilukai dan melukai hati yang laen. . :-D

.dida mumin♥ said...

@Pink Diva™ Yes!!indeed...:)

Unknown said...

kepada hati yang lupa diri itu.. semoga dia tidak terlambat untuk sedar..

.dida mumin♥ said...

@nowriz amin..doakan supaya hati yang lupa diri itu sedar.

.dida mumin♥ said...

@Azeanthy Paiman Congrats sis...& do take care of the only heart u had now.:)

Elia Si Jejariruncing said...

this entry sgt2 menikam kalbu..mohon share ye kak..nti sy buh credit to ur blog link ;)

.dida mumin♥ said...

@Elia Si Jejariruncing wahhh.....mcm x percaya je jejari runcing dtg blog ni...thanx visit! ;)

anGah said...

wow.. mendapat perhatian elia :)

RayRay's Mummy said...

like it too..soal hati nie mmg ssh nk jangka..~

Anonymous said...

salam..izin share ye artikel hati yg goyah sis...
sy nazila ismail;)

Anonymous said...

salam sis,
mohon share entri yg bertajuk..Hati yg goyah..:)
saya nazila ismail...

ayeesha anna said...

nice entry...tadi baca kat blog elia

ayeesha anna said...

nice entry...tadi baca kat blog elia

ayeesha anna said...

nice entry...tadi baca kat blog elia

azura said...

well-written!

cekodok apple said...

sape pnah merasa tentu akan tersentuh.
:(

Anonymous said...

mohon share..tq...n3 menarik & tertarik..

Cheetah said...

nice entry! bole sy share? ;)

Vee said...

Very touching indeed. So coincidentally, the date this entry was made 09.08.98, was my wedding day. And as at this date now.. the heart has shattered into zillion pieces...

axuerha said...

mohon share jgk...

kerana hati ini sudah jd berkeping-keping tanpa rela

Anonymous said...

salam kak..mohon share article hati yang goyah nie ye sis..

Anis Amalina Zulkepli said...

salam..mohon share :)

♥♥PuanHarty♥♥ said...

mohon share ya sis.. sis..sy baru diceraikan suami gara2 suami gilakan perempuan tukang urut..kahwin ta smpai setahun..mohon sis lawat my blog dan beri nasihat...

http://cikmaz88.blogspot.com/