Sunday, August 14, 2011

meraikan 13 ogos untuk si Kidal



Happy Weekend peeps!

Saya bukan kidal, saya makan, minum, menulis menggunakan tangan kanan, boleh dikatakan 98% kecenderungan harian saya adalah dengan tangan kanan, saya hanya menggunakan tangan kiri untuk cebok punggung dalam toilet kerana itu yang diajar kepada saya dari kecil. Saya membesar dengan pepatah 'Makan mesti guna tangan kanan, cebok buntut mesti guna tangan kiri'. Dan ketika itu saya memang tidak pernah terfikir apa kemungkinannya jika saya dilahirkan sebagai seorang kidal.

Saya ada seorang anak buah yang kidal , seorang bestfriend yang kidal, seorang office-mate yang kidal dan dua orang anak buah sebelah suami yang kidal, terus-terang saya memang rasa janggal dan kekok melihat mereka menulis (terutamanya) menggunakan tangan kiri walaupun sebenarnya pada mereka bertangan kidal adalah perkara normal sama seperti saya yang rasa menggunakan tangan kanan sebagai normal, dan mungkin kerana tangan kanan itu normal saya melihat orang tangan kidal itu seakan satu anugerah yang membezakan mereka dari orang bertangan kanan seperti saya.

Kurt Cobain-Nirvana- juga kidal
Saya pernah terbaca artikel yang menyatakan bahawa kidal juga adalah antara salah satu bentuk kecacatan, *ye ke?  malah di zaman Gelap dulu orang bertangan kidal akan dibakar kerana dianggap sebagai ahli sihir dan kalau anda perasan tangan kidal atau kiri merujuk kepada left dalam bahasa inggeris yang juga membawa maksud ditinggalkan, tangan kanan pula ialah right yang juga membawa erti sebagai betul/benar. Beza kan?

Kerana saya bukan kidal dan menganggap kidal ialah anugerah yang dialami oleh hanya 5% sahaja dari populasi manusia dunia, sewaktu di kolej, saya pernah melatih diri saya untuk menulis menggunakan tangan kiri, sehinggakan pernah seorang kawan menegur saya kerana memaksa diri untuk menjadi kidal walaupun bukan kidal dan saya ingat saya jawab bahawa saya sedang membuat persediaan untuk tangan kiri sekiranya tangan kanan saya kudung (walaupun dalam hati tak nak pun dua-dua tangan kudung) sehingga kini saya masih mampu menulis dengan tangan kiri walaupun tidak secantik mana. Mungkin kerana obses bertangan kidal juga saya memakai jam tangan saya di sebelah kanan. juga sebab trip jadi kidal.perasan!

Ini dari pandangan dan perasaan saya yang bukan bertangan kidal.
Jadi kepada rakan-rakan kidal, janganlah kerana orang kata 'makan dan cebok punggung juga guna tangan kiri' anda merasa rendah diri dengan keistimewaan anda itu dan mungkin anda tidak tahu bahawa Rafael Nadal, Barrack Obama, Angie Jolie, Jimi Hendrix (Guitarist) Paul Mccartney (the beatles), Robert de Niro (the Godfather) semuanya bertangan kidal. Semua manusia kidal ini ialah manusia yang hebat dalam bidang tersendiri kan? 

Sedarlah, berada dalam 5% dari populasi manusia dunia, anda sememangnya berhak untuk diraikan kerana anugerah istimewa anda itu.  



Jadi, kepada semua si kidal di luar sana- Happy Left-Handers Day! -mungkin agak terlewat untuk mengucapkannya tapi seperti yang saya kata, saya bukan kidal cuma saya perasan mahu menjadi kidal.


To those left handers please visit this official site : www.lefthandersday.com






11 comments:

Aki said...

Thanks Kak Dida!! ^_^.v.. I'm both hand user,tapi more to kidal la.. ^_^.v.. Hehehe.. Akidal.. ngam ka gitu??

beaty said...

kalau yang kidal kan memang lain sikit kan kalau durang pigang pen..lagi2 kalau potong barang...tapi Tuhan suda bagi yang doorg tu kidal .itu anugerah kan kida

p/s : sa inda tau pula ada hari untuk celebrate lefty handed

.dida mumin♥ said...

@Aki ko akidal pula ka aki? ...wah! lps ni sa panggil ko akidal laa...hahaha

.dida mumin♥ said...

@beaty Beth! special kn dorng ada hari utk celebrate ...bukan mcm kita yg right handed ni...:(

Unknown said...

orang kidal special what.. tengok, orang pakai tangan kanan.. manada nama timangan.. orang pakai tangan kiri kena panggil kidal.. ;)

Unknown said...

being kidal is special vha..thats why ada celebration..:)

.dida mumin♥ said...

@nowriz mmg derang special nowriz..tu yg ada special day tu!...;)

.dida mumin♥ said...

@Pink Diva™ yes! truly special ba si kidal ni kan...

Azie Suhaimi said...

sy bertangan kidal sejak baby.xsangka lak ada hari tgn kidal sedunia ek..trharu lak rasa.huhu

Anonymous said...

saye menulis je tgn kiri xde plak mkn pun pakai tgn kiri.......potong bwg ke ape ke smua tgn kanan yg pgg pisau..pegang gunting pun tgn kanan..

mama lynn said...

walk blogging.... sebenarnya sy singgah di blog elia br la tahu blog ni... ape pun entri ni mmg fav cos sy ni kidal.. but im not left handed bila makan nasi by tangan.. of course still ley guna tgn kanan. yg len mmg kidal.. x pndai nk guna tangan kanan. thanks utk entri yg bguna ni ;) singgah2 kat link sy jgak eh