Sunday, August 21, 2011

Saya dalam Jejari runcing

Hola Peeps!


First of all thank you so much to Elia:Jejari Runcing, for the shared and the back link for Hati Yang Goyah entry. It was really unexpected and i am quite overwhelming with the response i received from your loyal readers.

Saya akui menerima feedback yang tidak disangka-sangka selepas itu, kebanyakannya bersetuju dan suka entry itu tapi saya juga menerima beberapa comment berbaur kritikan yang tidak senang dengan apa yang saya tulis lebih menyedihkan bila ada diantara barisan-pengkritik itu menuduh saya mengambil kesempatan mahu dikenali dengan menulis sesuatu berdasarkan kepada current situation yang dihadapi oleh Elia.

Terus-terang saya memang ada meletakkan link di comment box Elia (tidak ingat entry mana) yang mana saya pasti bukan saya seorang sahaja melakukan perkara sama tetapi niat hati saya ialah hanya mahu berkongsi rasa dan kecewa yang dihadapi oleh Elia ketika itu, sebagai sokongan peribadi walaupun langsung tidak pernah saling kenal-mengenal dan kerana perempuan ada 'deep woman-bonding' yang mana perempuan sentiasa tahu dan faham akan rasa kecewa perempuan lain, Tidak setitik pun hati saya tega terniat untuk mengambil kesempatan pada kekecewaan Elia apalagi berniat mahu dikenali dengan cara ini. Maaf! saya tidak akan men'down-grade' kan diri saya serendah itu.

I know being just Elia in such situations is not easy dan sebagai perempuan yang tahu erti 'sakit' pasti faham akan bagaimana pedihnya berhadapan dengan kisah sedih apalagi bila kisah itu menjadi tatapan umum. Sedih, pedih, sakit, kecewa, marah, terluka semuanya ada disitu, hati yang tak kuat pasti tak akan mampu mengharunginya namun syukur Elia mampu dan tabah meredah semua kesakitan itu.

Sebagai seorang yang lebih tua dari Elia, saya menghormati dan kagum pada semangat dan kekuatan Elia berhadapan dengan situasi ini. Power-Puff girl katakan :)

Dan kepada semua para-pengkritik dan para-anonymous, Sorry! saya tidak akan 'published'kan comment 'terbaik dari ladang' anda-anda semua untuk dijadikan tontonan orang lain, biarlah comment anda-anda itu hanya menjadi tatapan saya seorang kerana anda mungkin satu hari nanti anda mungkin akan menyesal dengan apa yang anda tulis, berterima-kasihlah pada saya bila tiba saat itu kerana tidak menjatuhkan air-muka anda-anda semua, sepertimana saya 'menjaga' aib anda-anda sekelian. Salam berjabat-tangan dari saya! 


p/s : kepada yang follow and leave comment, THANKS A LOT!!!  insyallah saya akan cuba untuk visits anda semua selepas ini mungkin ambil masa sikit tapi saya pasti akan datang..tungguin daku iya... :)

Cheers and muchas gracias everybody!





14 comments:

Anonymous said...

As salaam,
Ola chica, come esta? esta usted bien? espero que si. Greetings from another silent reader of yours. just to tell u dat i admire your stern nature. u got my respect :)
take care and salaam ramadan

beaty said...

kesian juga c elia kan dida..kenapa bh c fahmi tu snggup kasi putus tunang? aiii sa pun heran ni..

Aki said...

Gilala si Sis Dida.. mantap!! Saya trus bangga oh ada kawan yang hebat macam sis Dida!! Oi kamurang,si Akidal geng ma sama Sis Dida.. (trus ba kunun gitukan?? hahaha).. Eh,tapi,si Akidal memang geng pun kan?? :-p

penyisir rambut said...

sangat terharu dengan penulisan anda...

cikcloudy said...

salam singgah.. got here from elia's.. [edulikan mereka yg bg komen negatif tu, just keep on writing... stay positive

Anonymous said...

setakat ini ila tak pernah menghadapi saat macam tu.. cuma mungkin dulu, saat zaman cinta monyet.. tapi dulu dan sekarang berbeza.. cinta monyet tak beri apa2 makna..~ mgkin...

bila ila baca kisah2 Elia dan lain2, ila tertanya, adakah ila kuat untuk menghadapi seperti Elia dan lain2.. adkah ila sekuat dan setabah itu??

ila doakan moga semua yang terjadi pada Elia ada hikmah yang sgt besar.. apa2 pun moga setiap hati yng pernah dilukai bangkit semula !

lovemeornot said...

dear, orang memang suka kritik dari memuji...
tapi apapun saya suka post yang awak bagi ellia...
nice post for share to everyone...=)

Anonymous said...

akk!
nk blajar ckp dusun ;))

kay masingan said...

baca pasal Elia dan bekas tunang tu...mmm...susah juga mau cakap kan

tapi, kalau sudah x ada jodoh apa boleh buat.
harap Elia dan kita semua sentiasa tabah menghadapi segala dugaan dalam hidup ini,,

Ika Cassandra said...

Hai Dida..

Salam kenal dari blog Pink Diva

Tahniah,sebab terpilih BOTW last week:)

fashla said...

mids..

.dida mumin♥ said...

@Aki kau jg ba kawan saya yg termantap akidal...haha...lucu ba si akidal ni!

Cheetah said...

nice entry kak.hehe. bole sy copy and paste kat blog sya? cheetah87.blogspot.com

♥♥PuanHarty♥♥ said...

wanita..jatuh dan bangunnya wanita kerana wanita juga.