Sunday, December 4, 2011

Rezeki itu 100% dari Allah.


'aku keluar tiap malam sampai pagi jumpa kawan kerana aku orang berniaga, kalau bukan kawan-kawan siapa lagi yang boleh bagi aku rezeki?'

seorang teman rapat mengadu kepada aku perihal pasangannya yang tidak lekat di rumah, selama ini aku lebih kepada pendengar dan jarang-jarang sekali berkata-kata, paling lebih pun aku akan cuba pujuk dia dengan berkata yang baik-baik perihal pasanganya. Tapi bila sehari itu dia hantar message dalam FB memberitahu, hubungan rumahtangga mereka sedang dalam peringkat akhir proses berpisah dan antara sebab utama ialah sikap pasangannya yang lebih berat kepada kawan-kawan, aku terpanggil untuk menulis, berdasarkan kepada kronologi kisah teman rapat ini sepanjang dia mengadu kepadaku dan juga berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan sendiri.

Terus-terang, selama hari teman ini mengadu-domba kepadaku aku tidak pernah sekalipun faham kenapa pasangannya itu perlu untuk berkata begitu kepada teman ini, pada aku, aku yakin bahawa sumber rezeki itu adalah 100% milik Allah S.W.T, itupun kalau pasangannya percaya bahawa Tuhan itu wujud, sebab pada aku dunia ini terlalu luas, bumi ini terlalu bulat untuk kau terokai dan kemudian berusaha tidak kira apapun caranya selagi sumber dan cara itu adalah halal dan diredhai oleh Allah dalam mencari rezeki.

Mungkin, dia [merujuk kepada pasangan itu] maksudkan yang kawan-kawan itu pemberi rezeki bila dia keluar untuk mengampu kawan-kawannya supaya diberikan apa-apa 'projek besar' [istilah orang berniaga], tapi kalau kau [merujuk kepada pasangan itu] keluar jumpa kawan-kawan yang standard- KUTU, sama macam kau, aku rasa kau bergomol guling-guling sampai dinihari dengan kawan-kawan itu pun, tetap saja kawan-kawan itu tidak mampu bagi kau apa-apa pun projek kecil apatah lagi projek besar. Lainlah kalau kau tu keluar jumpa kawan pangkat pengarah, ketua pengarah, Dato', Tan Sri, itu aku yakin kau tak perlu mengampu sampai gomol diorang hingga kepagi, tapi kalau kau mengampu tu kena dengan tajuk dan cara, insyaallah, sikit pun projek pasti dapat ke tangan kau juga.

Janganlah kata kawan-kawan itu sebagai sumber rezeki, mungkin benar mereka dapat membantu tapi meminta bantuan itu pun biarlah sesuai dan kena dan profil kawan itu sendiri, kalau kata kawan ialah pemberi rezeki itu bukan saja seolah-olah  mahu menafikan zat Allah sebagai pemberi rezeki tapi juga menafikan kemampuan anda sebagai manusia untuk berusaha mencari rezeki di muka bumi yang luas ini. Itu semua terpulang kepada sejauh mana kemahuan anda untuk berusaha atas landasan halal dengan  niat memajukan diri sendiri dan keluarga terutamanya. Rezeki Tuhan itu ada bertaburan dimana-mana, yang penting kecekalan dan usaha kuat diri-sendiri, tidak pernah ada jalan mudah untuk hidup senang, cuba fikir, sampai bila anda mahu terus -terusan  mengampu kawan-kawan dan berapa lama pula anda perlu menunggu dari terus mengharapkan kawan-kawan?

Berpijak lah pada realiti, susah-senang hidup adalah caturan anda sendiri, memilih kawan juga biar kena pada keadaan, kalau hang-out dengan kutu, maka kutu jugalah jadinya anda, dan begitu jugalah sebaliknya.

sumber [gambar]

3 comments:

cikcloudy said...

alasan je kot kuar jumpe kawan2.. jumpe aweks kot... oppss...

sharul izam said...

kener yakin dengan rezeki masing-masing..:)

kay masingan said...

Satu contoh perbualan lelaki yg tidak matang dan tidak mahu mengakui kesilapan. Well, pernah dengar saudara menuturkan ayat tersebut. Hampir sama.