Tuesday, June 7, 2011

Blog sampah!

Dear all,

Entah kenapa hari ini perasaan saya tiba-tiba saja terasa semacam 'smooth'..macam sentimental..macam entah!, sambil-sambil tu saya belek-belek blog saya, hmmm....overall, terlalu biasa-biasa dan sampah!
Ya! itu yang saya nampak, itu yang saya rasa, dan itu yang saya telah present kepada semua yang datang kat blog ini.

Dulu saya pernah ada blog sendiri dalam wordpress, walaupun tanpa widget follower, tanpa shoutbox, tanpa iklan, tanpa macam-macam lagi tapi dalam blog itu saya puas dan suka kerana saya benar-benar menulis dari hati dan perasaan saya, saya menulis sesuatu yang saya lihat, saya rasa dan saya fikir, cuma bila kita menulis secara 'independent' entry memang tidak banyak, maklumlah menulis bila ada perkara untuk ditulis sahaja.

Berbeza dengan blogspot ini, kerana pengaruh trafik, iklan dan sebagainya saya bertungkus lumus membuat entry, cari bahan, walaupun adakalanya saya sendiri kurang berpuas hati dengan apa yang dipostkan. Malah kerana 'desperate' mencari entri kadang-kadang saya melihat tulisan saya, ayat saya, perkataan saya, langsung tidak menarik!...itu sebabnya saya kata ini blog sampah!!


Mungkin kerana perasaan begitu saya mula merasa tidak bersemangat disini, saya lupa bahawa keseronokan saya bukan begitu, saya tidak sukakan kepalsuan dan saya juga bencikan kepura-puraan!..saya sedih bila saya terpaksa berpura-pura menjadi saya dalam blog ini, bila saya kecoh join itu-ini, bila saya 'jenuh' blogwalking sana-sini, semuanya dengan harapan agar blog saya dikenali tetapi tidak disukai.worthless!!

Entah! semacam mahu create saja blog baru, dengan nama baru, dengan genre sendiri, tetapi masih wujud sedikit perasaan sayang pada blog ini kerana saya juga mengenali beberapa kawan-kawan baru yang amat-amat menyenangkan melalui blog ini. Saya juga sayangkan beberapa gambar milik saya yang saya post disini, tapi rasanya itu boleh di 'save and  re-post again'. Entah! hati saya berbelah-bagi.

Atau mungkin, saya tidak perlu delete blog ini hanya create blog baru dan link baru atau saya tidak perlu create apa-apa bertahan dengan yang ini dan kembali membina semangat dengan menjadi diri-sendiri secara total disini? Entah! saya tidak tahu.

6 comments:

Anonymous said...

huhu..blog nie saya tgok dah cntk,n3 pun semua ok..Tak teruk pun yang mcm awk rasa..Better than me u know..Come in my blog..u'll know by urself..Btw,tak perlu delete blog..Kalau nak delete just pindahkan followers ni ke blog baru..ada tuto..check kat google..Lepak2 kedai kopi tajuk blog tu..U'll know..

Anonymous said...

Lumrah blogging..memanglah sayang..Tapi buatlah scheduled n3..Tak perlu kelam kabut..Tuto ada kat blog saya..tapi bykkan blogwalking..nanti tgok idea blogger lain,amik ida diorang bukan copy 100%..Tak salah pun..

.dida mumin♥ said...

@Miss Cupcake~thanks a lot! baru mahu melihat blogging flow, mahu mencari semangat...terima ksih byk!

Aki said...

Kak Dida,kalau saya,sa hntam ja.. Bila sa ada idea,sa post,bila teda,sa kasi biar.. gitu ja.. Hehehe.. ^_^.v.. Lagipun,rileks la,kita kan pembaca setia blog sendiri.. jadi,puaskan hati kita sendiri dulu.. ^_^.v.. Jan ko susah Kak Dida,ko ada sumber entri yang banyak tu.. Tu,ko punya anak2 yang cumil.. Hehehe.. ^_^.v..

Tunung D. said...

Lagi bagus kalau kita blog pasal benda yg kita suka dan bila kita suka.. kalau buat entry just utk dptkan traffic mmg buli jadi hambar entry kita kan..

.dida mumin♥ said...

@Aki~Thanks, tp takkan tiap hari mo cerita kenakalan tu budak 2 org ja kn! hahaha

@Azeanthy ~tu la ba sis, mcm syg jg ba ni blog...tingu la mcmna ni...

@Molly~Right! traffic buat sy rasa mcm stupid bah!