Tengah menonton cerita 'The Eye 1' di TV3 bila dhani tanya saya "mummy, mati tu sakit ke?", right after scene budak sekolah gemuk yang mati dirempuh kereta, kebetulan pula pagi tadi dia nampak bangkai anak kucing color hitam tompok putih yang mati dilanggar (kereta/motor) depan rumah, kalau ikut standard saya, jawabannya mudah je 'aku tak pernah mati, mana tau sakit ke tak'..tapi oleh kerana yang bertanya itu ialah kanak-kanak yang belum cukup 4 tahun saya terkedu, mahu dijawab apa sebenarnya?...
kalau jawab tidak sakit, mesti dia keliru sebab dia nampak tompok-tompok darah dalam scene tu dan saya pasti dia tahu sinonim antara darah dan kesakitan, kalau jawab sakit, mesti dia nak tahu samada kesakitan itu rasanya adakah sama seperti gigitan adik (rafael), cubitan mummy, ataupun rasa sakit bila jatuh dsb.
Sedangkan kita yang dewasa pun tidak bercerita soal mati dengan kerap apatah lagi bercakap perihal sama kepada seorang kanak-kanak....susah juga rupanya bila budak kecil bertanya mengenai persoalan mati?..
3 comments:
dei...kanak2 belum faham lagi kan..dia nampak darah dia ingat sakit tu kan did
c Dhani betul2 menguji orang tua oh pertanyaan dia kan??
pernah dgr lagi dalam alquran,kalau tak silap mati tu sakit mcm ditusuk pedang 70 bilah kat kepala..harap2 sy tak silap,sy ni kan pelupa..ermmm
mati mestilah sakit,..susah nak digambarkan kalau kita tak merasakan sndiri..kan sis???
Post a Comment