Monday, July 18, 2011

Naluri yang tidak tertahan.

Happy lousy-monday!

Saya di ofis. sedang mengelap mata dengan tisu kesat, oleh kerana tisu yang saya guna ialah tisu gulung dari toilet maka semakin merah dan semakin susahlah saya menyembunyikan mata besar saya yang merah kerana menangis. Nasib baik orang depan dan sebelah meja saya kosong, kebetulan ada acara.Bolehlah saya terus-terusan bertangis-tangisan.

Sebabnya ialah : saya tidak tahu kenapa saya sebak melihat Video wajah ini sewaktu dia dijerit-jerit oleh bapak Polisial. Betapa mudahnya airmata saya luruh kerana si Gandalf ini tetap berwajah tenang dan terus bercakap lembut.enough here.


Dalam hati saya tertanya-tanya, kenapa mudah dan terlalu murah sangat nilai airmata itu pada saya, sekali lagi saya berfikir, ya! saya memang perempuan yang murah dengan airmata, sejak kecil lagi sebenarnya, tapi rasanya semenjak saya menjadi ibu, air mata itu menjadi bertambah-tambah murah.terlalu murah. Mudah saja ia mengalir, jangan kata anak sakit, bercakap pasal anak pun mampu membuat saya sebak, sedangkan kisah Faith, anjing berkaki dua dalam Oprah pun boleh buat saya sedu-sedan.


Minggu lepas saja (jumaat), saya menangis bila Bos saya bercerita mengenai anak dalam kandungannya berusia 4 bulan meninggal dalam perut tanpa sebab, menceritakan bagaimana dia tidak boleh menerima hakikat kehilangan anak pertama yang dikandung dan sehingga kini belum dikurniakan lagi rezeki anak. Saya sebak yang teramat.

Kelmarin dan semalam saja (sabtu & ahad), saya menonton Ketika Cinta Bertasbih di channel 142 -pelangi (sekarang masih free), juga saya menangis, yang ini jelas tanpa sebab kerana cerita KCB itu bukanlah cerita sedih tetapi kisah cinta. Sampaikan dhani bertanya, mummy kenapa dia ketawa tapi mummy nangis?. Saya buat-buat tidak dengar kerana saya tahu en.Hushband pasti akan mentertawakan saya kalau nampak air mata saya mengalir berjurai-jurai. Nasib baik dia sibuk dengan FB, mungkin dia tidak mendengar dhani bertanya begitu..maklumlah lelaki kan tidak mampu fokus pada dua perkara dalam satu masa....:)

Dulu-dulu saya selalu hairan kenapa kakak sulung saya yang ada 5 orang anak terlalu mudah sebak dan menangis. Tapi kini setelah bergelar ibu, saya, walaupun mungkin masih belum mengetahui kenapa tetapi rasanya sudah mula memahami naluri airmata itu. Benar! Hati seorang ibu memang mudah untuk merasa sayu, walaupun kadang-kadang tanpa sebab yang jelas!

p/s : rindu yang tidak terhingga untuk mama.. (menangis lagi..)  :'(

6 comments:

Unknown said...

lumrah ba tu dear.. sy sendiri pun cepat tersentuh.. sy baca novel pun pandai nangis juga.. apa lagi mendengar & melihat.. walaupun drama seja.. senang ja airmata sy jatuh tanpa segan silu... ;)

.dida mumin♥ said...

@nowriz naluri paling 'seni' utk perempuan ba tu tears kn..

beaty said...

memang mcm tu laitu..sa pun mudah tersentuh dengan scene2 yang boleh buat nangis..bayangkan yang ari 6 sa d kg ada sa naca novel Nian Di Hati, termenangis juga ni..duii..mcm terbayang2 bh.

wah ..syukur ..bagus kalau menangis, means kita punya hati dan perasaan..ada kaitu yang x pernah menangis?

kay masingan said...

menangis juga salah satu punca untuk mencari kekuatan yang baru...satu bentuk muhasabah diri yang paling rendah, tapi sangat tinggi nilainya...

.dida mumin♥ said...

@beaty bikin heran sdh tu beaty klu nda pandai menangis...

.dida mumin♥ said...

@kay masingan absolutely true!! kay....