Sunday, April 10, 2011

Anakku di ganggu jin?

** Entri Tertangguh **

Percaya atau tidak saya baru sahaja diberitahu bahawa anak kecil saya (rafael) yang baru setahun mengalami gangguan jin/benda halus. Terkejutnya saya?? ....
al-kisahnya memang si rafa ni asyik menangis tengah malam, kalau setakat menangis merengek boleh tahan la lagi, tapi yang ini dia akan meraung-raung dan hanya akan reda menjelang subuh.

Bayangkanlah bagaimana keadaan saya bila terpaksa berjaga sepanjang malam dan kemudian datang bekerja keesokkan harinya dalam keadaan mengantuk dan letih yang teramat, bila keadaan berterusan begitu saya dan en.Hushband memilih untuk mencuba rawatan tradisional memandangkan kami sudah lama berusaha melalui rawatan moden.

Pelbagai cadangan dan petua dari pelbagai sumber saya lakukan untuk menghentikan tangisan melampau rafael tetapi paling lama bertahan pun sekitar 3 minggu sahaja dan kemudian episod tangisan melampau itu akan berulang kembali,sebenarnya waktu siang rafael adalah normal seperti kanak-kanak sebayanya, makan, minum, tidur, menyusu dan bermain seperti biasa, episod tangisan melampau itu hanya akan bermula sekitar jam12 malam sehingga subuh, jadi setiapkali diajukan masalah tangisan luarbiasa rafael kepada para doktor yang ditemui, purata jawaban yang kami terima ialah, kembung perut, lapar, normal attitude for babies, babies tantrum malah ada yang mengatakan tangisan melampau itu ialah perangai semulajadinya...???

Tangisan melampau rafael yang bermula seawal usia 3 bulan lebih sehingga ke setahun menjadikan rutin tidur kami berubah, saya dan en.Hushband terpaksa bergilir menjaganya sehingga tangisan reda, perasaan kami untuk mendapatkan rawatan tradisional untuk rafael semakin kuat bila kami selalu terlihat dhani (abang) menutup kedua-dua belah telinga ketika tidur, kadang-kadang dia akan sama-sama berjaga memujuk rafael yang meraung-raung walaupun sebenarnya tidak berhasil langsung.

Semalam, saya secara tidak sengaja sewaktu berbual dengan seorang ofismate saya, bos saya yang kebetulan mendengar perbualan kami kemudian mencadangkan agar saya mencuba rawatan tradisional, melalui bos saya itu saya kemudiannya berhubung dengan orang yang dimaksudkan, mula-mula sekali dia meminta nama penuh anak dan nama penuh saya untuk di"scan" sebentar kemudian saya diberitahu memang ada "benda' yang menganggu anak saya, katanya "benda" itu sebenarnya berdamping dengan anak saya selama ini untuk mengacaunya, dan lebih mengejutkan, saya diberitahu sebenarnya 'benda' itu bukan 'single' tapi berdua...

Sewaktu ditanya adakah saya mahu membuangnya, saya terus angguk (tidak tahu nak cakap apa sebenarnya..) ..memang pada hari pertama selepas 'benda' tersebut dibuang rafael nampaknya tidur dengan nyenyak cuma pada hari kedua dia terjaga dan menangis lebih kurang jam 12.30 tetapi tidur semula selepas 2 jam kemudian.

Sehingga hari ini saya masih lagi tertanya-tanya akan kebenaran gangguan makhluk halus ini, nak kata percaya saya sebenarnya doubt the facts tapi nak kata tidak percaya pun, saya telah melalui pengalaman sendiri tentag perkara ini. 

Apa yang penting, rafael tidak lagi meraung-raung tengah malam, Dhanie juga tidak perlu bangun tengah malam dan memujuknya tidur, En.Hushband juga tidak perlu bergilir menjaga rafel setiap malam dan  saya juga tidak lagi keletihan dan mengantuk untuk datang bekerja keesokannya.


p/s : Nampaknya bukan manusia sahaja yang ada istilah "berdua lebih baik" jin sekalipun ada istilah "berdua lebih mantap!"..tengok saja penangannya pada anak saya...(",)v

3 comments:

ayie said...

huhu..seram gak

DiDa licious said...

skrg ni klu me duk rumah sorang2 pun kdg2 seram jg.. (",)v

Rafi Nilhan said...

stiap yang datang pasti ada hikmah..
chill..