Saturday, April 23, 2011

My Very 1st Pap Smear Test

Dearest all,

Pagi ini saya telah menjalani ujian Pap Smear atau ujian papanicolaou buat kali pertama, sebelum ini saya seringkali mendengar mengenai Pap Smear tapi saya tidak pernah tergerak hati untuk melakukan ujian tersebut, lagipun ramai daripada kawan-kawan saya mengatakan bahawa ujian itu menyakitkan. Mungkin juga wujud perasaan malu, kerana saya tahu ujian itu adalah dengan mengambil spesimen bahagian dalam faraj.

Walaubagaimanpun, menyedari akan risiko yang dihadapi iaitu Kanser serviks, maka saya memberanikan diri untuk menjalani ujian tersebut itupun selepas Rafa berusia setahun sebulan...awal mac lepas saya sendiri bertanyakan mengenai ujian itu ketika lawatan rutin klinik rafa...

Selepas melakukan beberapa carian maklumat,Q & A dengan beberapa orang yang bertauliah dan pembacaan daripada pelbagai sumber infosihat, berikut adalah maklumat yang saya boleh kongsikan bersama:-

Ujian pap smear sepatutnya dilakukan oleh semua wanita bermula setelah mereka melakukan hubungan intim atau berumur 25tahun hingga 65 tahun keatas, tapi bagi wanita yang telah melakukan pembedahan rahim & serviks (histerektomi) mereka tidak memerlukan ujian pap smear tetapi bagi wanita yang hanya melakukan pembedahan membuang uterus tanpa membuang serviks (histerektomi subtotal) mereka masih perlu melakukan ujian ini secara berkala.

Berikut adalah proses dan prosedur sebelum, semasa dan selepas ujian itu dilakukan.

Sebelum Prosedur
i. Jangan lakukan hubungan intim dengan pasangan sekurang-kurangnya dalam tempoh 24jam sebelum ujian.
ii.Elakkan daripada sebarang penggunaan ubat dalam faraj dalam tempoh 24 jam / sehari sebelum ujian. Sebagai contoh ubat anti fungal, pessary, ubat maajun, krim vagina dan sebagainya.
iii. Elakkan daripada menggunakan tampon
iv. Paling sesuai dilakukan pada hari ke-7 hingga ke-10 selepas hari pertama haid.

Contoh alat yang akan digunakan untuk pengambilan spesimen ialah

Pap Smear Kit / Gynecological Kit
 Semasa Prosedur

i. Saya diminta untuk berbaring dengan lutut dibengkokkan dan dinaikkan, lebih kurang seperti gambar di bawah,


2.Saya diberitahu untuk relax dan jangan kemut semasa proses pengambilan spesimen, iaitu ketika kit dimasukkan ke lubang faraj. Spesimen diambil seperti ini,



3. Dalam tempoh kurang daripada 15minit, semuanya Selesaii!!!!

Selepas Prosedur

1. Pakai pakaian anda & nurse akan memberitahu anda, keputusan ujian akan diketahui dalam tempoh 2 bulan. Bayaran?? percuma...jika dilakukan di klinik-klinik kerajaan terpilih dan lebih kurang dalam RM60 keatas untuk klinik swasta.

Kesimpulannya

Langsung tidak ada rasa sakit sedikitpun yang ada hanya rasa sedikit tidak selesa semasa dimasukkan kit tersebut dalam faraj. Mudah kan???

sumber : www.metromaternity.com/papsmear_m.html

p/s : kepada sesiapa yang mahu menjalani ujian ini dan tinggal sekitar sentul/bandar baru sentul dan sekitarnya ujian pap smear boleh dilakukan pada setiap hari Jumaat jam 7.30pg - 10.30pg dan Sabtu minggu ke-2 dan ke-4 jam 8pg - 10.30pg. Bayaran Percuma..Jommm!!  (i've been asked to promote this!)


7 comments:

tim_fs said...

hurmm..dah buat..
jom tgk entri ini..

http://fatimahsahak.blogspot.com/2011/04/pap-smear-korang-dah-buat-ke.html

.dida mumin♥ said...

@mama tims
good for us, sapa2 blm buat kena buat skrg!

halila Ibrahim said...

emm saya memang tiap2 tahun buat .. sebenarnya tak yah malu pasal ni berkait dengan kesihatan... saya amat2 amik berat pasal kesihatan ..

Lagipun tak sakit rasanya prosedur tu.. bersalin lagi sakit.. tapi kalau kita dapat sakit lagi la kita sakit menanggungnya..

.dida mumin♥ said...

@halila ibrahim
betul..sy setuju 100% selepas sy sndiri mengalaminya...

Anonymous said...

pakai ape pakaian mase buat p/s?

.dida mumin♥ said...

@Anon~ mase sy buat guna kit atas tu...tak taulah pula kalau ada kit design lain...

beaty said...

bgs buat ni... nnt sa pn mau buat la