poco-poco |
Minggu ini, isu poco-poco mendapat perhatian bila ianya diharamkan di salah sebuah negeri dimalaysia, malah di katakan bahawa tarian ini mempunyai unsur agama kristian kerana gerakan tari yang membentuk simbol " + " selain daripada wujudnya unsur pemujaan dalam lagu berkenaan. Mula-mula saya terkejut juga, kerana tidak menyangka tarian yang selama ini ditarikan dengan niat berhibur selain bertujuan untuk bersenam adalah "Haram", teringat saya kepada isu pengharaman yoga yang juga dikatakan ada unsur pemujaan agama hindu dengan mantera dan pergerakannya. Isu ini juga menerima pelbagai reaksi dari umum.
(Baca isu yoga disini & lagi tentang yoga)
Selesai isu yoga, kini timbul pula isu poco-poco, (hmm..tak habis2 dgn isu..), secara jujurnya, saya bukan penari poco-poco malah bukan peminat poco-poco tapi secara peribadi, saya tidak merasakan bahawa poco-poco itu merupakan salah penyebab terpesongnya akhidah seseorang, natijahnya, naluri seorang manusia itu memang sukakan dan sentiasa mahukan hiburan, poco-poco juga begitu, kalau setakat gerakan tari ke kiri-kanan, Depan-dan belakang yang dijadikan isu rasanya tarian yang melentok-lentok, mengeliat-geliat di tiang besi tengah pentas lagi penuh kontoversi. Apalah sangat poco-poco kalau dibandingkan dengan gelek gerudi inul... ;P
bagaimana pula dgn mereka? |
Saya tidak mahu bercakap banyak mengenai poco-poco, tepuk dada tanya selera, ikut niat hati masing-masing. Kalau setakat berhibur dengan lagu poco-poco dan menari untuk kesihatan badan, What's the Big Deal? -cakap urang putih...- : )
**Pandangan Dr.Asri mengenai ini, Poco-poco harus bukan HARAM
p/s: teringat saya peristiwa sekitar tahun 2007 (ketika berada di JBPM, Keningau), Bos saya (Mr.Philip Pudon) suka memainkan lagu poco-poco di ofis setiap pagi, oleh kerana dia didalam biliknya dan dia tidak melihat kami, teman-teman sepejabat saya yang rata-ratanya lelaki akan menari-nari mengikut rentak muzik poco-poco.
(Mujur saja saya tengah sarat mengandung masa tu....hehehe)
No comments:
Post a Comment