Akhirnya saya tahu bagaimana perasan menjadi "si gemuk", apalagi bila orang lain mula memandang kita semacam hanya kerana saiz badan. Hanya kerana saya gunakan belakang badan en.Hushband yang "tough", sebagai profile picture dalam FB, berbagai feedback saya terima dari kawan-kawan terutamanya, tidak kiralah kawan sekampung, kawan kerja kilang,kawan sekolej, kawan sekolah menengah, kawan sekolah rendah, semuanya bertanya mengenai "kegemukan" saya...ada yang siap message dalam FB lagi bertanyakan kesahihan "size" saya sebenar, mungkin takut saya kecil hati kalau komen di wall kot..., yang SMS melalui telefon jangan cakaplah..aduhai..rupanya sampai begitu sekali pandangannya kalau saya menjadi "si gemuk" kan....sebab utama mungkin sebab time bujang-bujang dulu saya memang kurus-slim , so, bila terlihat saya menjadi besar dengan jayanya, maka ramailah yang berminat untuk bertanya khabar...hehehe..
Sebenarnya, bukan saiz badan yang membentuk siapa diri kita yang sebenar, yang penting kena yakin dan percaya pada diri sendiri, barulah akan sentiasa nampak "Vogue" ...tidak percaya?? haa..jom tengok si dottie ni...biarpun dia bersaiz besar tapi masih tetap cute kan?
No comments:
Post a Comment