Wednesday, April 13, 2011

kenapalah namanya Nono-Chan

Hari Isnin lepas, saya mengambil cuti kecemasan membawa dhanie ke klinik kerana ulser mulut, takut2 kalau dijangkiti HFM-D, jadi sebaiknya saya beringat sebelum terkena, pagi sebelum ke klinik itu dhanie minta di pasangan TV dan dia kemudian meng"kontrol" remote TV seorang, jadi pastilah rancangan kartun menjadi pilihan, saya biarkan sahaja memandangkan saya tengah menguruskan rafael (baru lepas mandi) sebelum menguruskan dhanie selepas itu.

Dalam keadaan sibuk menguruskan rafael, rancangan kartun itu pun bertukar siaran lalu..."bla..bla..bla..saksikan Nono-Chan.!.bla..bla..bla.." , saya pandang skrin tv yang ketika itu sedang menayangkan iklan kartun yang dinamakan Nono-Chan. Saya kemudian bertanya kepada dhanie " apa nama kartun ni?" dhanie: "Nono-Chan mami".... haiyaa..dalam hati saya berkata..dalam banyak-banyak nama jepun kenapalah dipilihya nama Nono- sebagai karakter kartun, kan boleh aje pilih, Nona-Chan ke, Nini-Chan ke, Noni-Chan ke, Nana-Chan ke dan macam-macam chan lagi berbanding Nono-

Ya la...setakat nama kartun, what's the big deal kan? tapi pelik benarlah nama Nono- itu untuk dijadikan sebagai karakter kartun...dah la yang tengok itu kanak-kanak lepas tu mesti perkataan nono-itu akan menjadi sebutan kanak-kanak pula...saya tidak lah marah, melenting dan sebagainya cuma saya terfikir tidak adakah nama lain untuk diberikan kepada karakter kartoon ini, dah lah tu kartun ni pula kartun kanak-kanak perempuan yang memang sinonim dengan nono- oppsss.......(",)v

Apa yang lagi membuatkan saya menggeleng kepala sambil tersengih-sengih macam kerang busuk ialah sudahlah namanya Nono-Chan, karakter kartun itu sendiri pun semacam je, langsung tak ada manisnya!

inilah Nono-Chan

Maaflah, kalau saya kelihatan agak "lucah" dengan posting ini, bukan itu niat saya, cuma saya bayangkan kalau rafael yang sedang mula belajar bercakap itu akan menyebut "mami..nak nonok-tan" ...wah! confirm meremang bulu roma saya...

p/s: Teringat kisah anak Kak Ita di JBPM,keningau tahun 2006, anak lelaki sulungnya, akim meminta buku daripada emaknya dengan berkata "mama mau butu.."..????

p/s/s : For Sabahan butu is also known as men's private part!!!!!! ...

p/s/s/s : sorry, terlucah lagi! (",)v

No comments: