Thursday, April 14, 2011

Mood tak Ceria

Dua tiga hari ini saya memang tidak ada idea untuk di postingkan dalam blog, dua tiga hari ini juga saya lebih melayan mood saya yang sedikit emosional, macam-macam sebenarnya perkara yang berlaku menjadi punca kepada perasan sebegitu.Semalam, saya terlibat dengan kursus selama dua hari di Perpustakaan Negara dan kursus itu sebenarnya adalah lebih kepada latih-tubi kepada saya yang telah lama berkecimpung dalam bidang HR. Saya menganggap mungkin kerana letih dan suasana kursus yang agak boring memungkinkan perasaan sebegitu, tapi pagi ini saya bangun dengan mood yang sama : tidak ceria:

Sampai di ofis saya masih berperasaan begitu, tetapi saya cuba untuk bersikap biasa walaupun mungkin kurang ceria..agak janggal kerana saya sebenarnya jenis yang happy-go-lucky...curi-curi buka blog di ofis, cuba untuk menceriakan mood tapi nampaknya kurang berhasil...

Ok lah, tulis macamana panjang sekalipun kalau saya masih dalam mode tidak ceria rasanya tidak membantu dan tulisan juga akan lebih kelihatan tidak ceria...till then..bye

p/s : looking for something that will cheer my day! i want it badly.... :'(




No comments: