Friday, April 22, 2011

Trend bahasa Standard terkini!! (Bahasa Jiwa Bangsa)

Dearest all,

  • "seyies gilew wei, aq pon x taw naper jd cam tue, dye dh gilewww kot!, " 
  • "naper r pakwe aq ni borink gileww, tensen tol aq "

Hebat kan bahasa budak zaman sekarang?? bahasa standard dalam Kamus Dewan pun boleh dimodify kepada bahasa rojak ..Mungkin anak remaja sekarang mahu kelihatan "cool" dan hebat dengan menggunakan bahasa rojak tersebut tapi tanpa disedari yang kebiasaan ini mampu memberikan impak kurang baik pada bahasa melayu standard yang diguna pakai sekarang ini. Sebagai generasi terdahulu saya akui ada kekeliruan bila membaca status dalam Facebook, Twitter atau SMS yang menggunakan bahasa rojak seperti diatas. Mau tak berpinar biji mata membaca ayat-ayat dengan ejaan yang sebegitu..

Mungkin sekarang, trend sebegini dilihat hanya sebagai satu alternatif  anak muda yang mahu "berkarya" dengan kreatif , memanipulasikan bahasa standard menjadi bahasa rojak, tapi pernahkah ada yang terfikir akan kesan penggunaannya dimasa akan datang, terutama sekali kepada kanak-kanak yang baru mahu belajar mengeja dan membaca?

Bayangkan kalau 5 tahun dari sekarang cikgu bahasa melayu akan memeriksa karangan budak sekolah yang seperti ini :

sye bercite2 nk jdi seorg engineer yg berjaye bilew besaw nnt, olh itu sye mst blaja bersunggoh2 mulai dr skunk..bla..bla..bla...

Rasanya, Tidak mustahil kita akan mendengar mengenai masalah kekurangan guru bahasa melayu kerana ramai cikgu yang akan bersara awal sebab migrain !!

p/s : kepada cikgu-cikgu sekelian...teruskan berjuang untuk memartabatkan bangsa dan bahasa!!

4 comments:

Unknown said...

kalau staff saya hantar report menggunakan bahasa begitu, saya akan lemparkan aja kemuka dia

koyak

buat semula ya.

.dida mumin♥ said...

@ not irene
Hahaha...bahasa jelas & mudah:
koyak & buat semula ya!

kAmi dAn mEreKa said...

smalam kite msej dengan sorang budak ni,
'cmekom qkqk. qkqk ngq uqt pew?'
kite yg bace dok belek ape yg dia tulis sebenarnye. pening~
zaman moden la kate kan, haha =)

.dida mumin♥ said...

@kAmi dAn mEreKa
nak fhm pun kena amik masa...moden sungguh kan? haha =)