Tuesday, April 26, 2011

Terbeban kerana berkahwin?

Dearest all,



Siapa yang tidak mahu berkahwin di dunia ini? ..pastinya semua orang mempunyai impian untuk bergelar raja sehari...tetapi kenapa kita selalu dengar keluhan pasangan yang ingin berkahwin tetapi tidak mampu? kerana masih tidak mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi...ada pula yang sanggup meminjam dengan Bank samada menggunakan kad kredit ataupun pinjaman peribadi untuk perbelanjaan perkahwinan dan kemudiannya pening kepala selepas berkahwin...paling tidakpun meminjam daripada ahli keluarga dan saudara-mara ..tetapi dengan syarat hutang mesti dilangsaikan dalam waktu yang dijanjikan...bayangkan lah..

Kemudian lepas berkahwin pula, dahlah kena cari duit bayar hutang...bertambah lagi pening kepalanya bila kenalah fikir mengenai rumah-sewa..yelah takkan lepas kahwin pun masih tinggal dengan mak bapak..lepas tu sebulan kemudin isteri mengandung dan lagi sembilan bulan maka bertambah ahli keluarga yang juga bermaksud bertambahlah juga perbelanjaan isi rumah..sedangkan hutang terdahulu belum selesai lagi...pening kan???

Sebenarnya itulah senario kahwin sekarang..berkahwin dan kemudian menanggung beban sepanjang hayat....tidak hairanlah bila kita terbaca macam-macam kes rumah tangga ..tidak cukup dengan masalah si bapa, ada pula masalah isteri curang kerana mengejar lelaki kaya dah tu anak pula terbiar..bebas berkeliaran sana-sini..main pandai-pandai la nak hidup..lalu sanggup buat apa sahaja demi untuk mengisi perut...

Kalau anak orang berada yang memang kaya-raya dan mampu tidak menjadi masalah..kita lihat sahaja persandingan gah mereka sehinggkan di war-warkan mas kahwin yang sebanyak RM99,999.99...hebat bukan??..hadiah perkahwinan sebuah banglo ataupun mercedes ataupun jam tangan yang bernilai puluhan ribu ringgit...memang bertuah badan kepada sesiapa yang mampu..

Tetapi bagaimana pula dengan nasib kebanyakkan pasangan yang lahir di kalangan mereka yang biasa-biasa sahaja? mahu memikirkan harga bayaran katering sahaja sudah pening..belum lagi bab hantaran, belum lagi bayaran pelamin dan jurusolek tambah lagi dengan set pakaian pengantin??

Alternatif bernikah ramai-ramai seperti yang pernah di buat di Masjid Wilayah satu ketika dulu memang antara jalan terbaik unutk berjimat, selain dari itu..kenalah pasangan bakal pengantin pandai-pandai buat budget sendiri..fikirkan cara terbaik untuk "cut kos" supaya tidak terbeban selepas kahwin nanti...

Jadi peringatan kepada bakal pengantin...bijaklah mengatur perbelanjaan anda, beringatlah sebelum kena!

No comments: