Thursday, April 28, 2011

Wanita Islam Sabah terpaksa Makan Babi Kerana Miskin?

Dearest all,

Terkejut!! itulah expresi pertama saya selepas membaca posting dalam satu blog berkenaan tajuk diatas.....sungguh, saya sebenarnya tidak tahu-menahu mengenai perkara ini tetapi mungkin sebagai Non-Malay Muslim yang berasal dari sabah..saya kira mungkin ada baiknya untuk menjelaskan kedudukan sebenar mengenai situasi diatas...dari segi agama, saya akui dari segi peruntukkan dan keutamaan memang agak kurang berbanding apa yang ada di semenanjung tetapi itu tidak bermaksud yang penganut islam tidak bebas mengamalkan kepercayaannya, secara logiknya ini mungkin disebabkan kerana islam bukan merupakan agama majoriti disabah...



Cuma isu mengenai memegang,memasak dan memakan babi kerana kesempitan hidup semata-mata saya tidak berani komen, sebab saya tidak pernah "bertemu" dengan senario sebenar seperti yang dinyatakan diatas...cuma, kalau ada sekalipun kes sedemikian rasanya pekerja wanita yang terlibat itu ialah mereka-mereka yang datang dari negara seberang samada secara haram ataupun yang mempunyai taraf kerakyatan sementara kemudian terdesak mencari wang untuk menyara kehidupan....

Tetapi apa yang saya amat-amat bersetuju dengan penulis ini ialah kisah kemiskinan yang ditanggung oleh sebilangan besar rakyat sabah..saya akui hakikat itu...terutama sekali di kawasan pedalaman, isu kemiskinan memang ketara dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak yang sepatutnya...umum mengetahui Negeri sabah merupakan antara negeri yang mempunyai hasil dan khazanah hutan yang banyak... sebagai contoh, kayu balak, sabah mempunyai sumber yang luas untuk penerokaan kayu balak tetapi hairannya sabah tetap merupakan negeri termundur di Malaysia walaupun hasil hutannya diambil secara berterusan...



Bukan setakat itu, isu penyalahgunaan pemberian taraf kerakyatan juga merupakan satu isu yang paling lama berlegar-legar di sabah dan masih tiada jalan penyelesaian...bayangkan, rakyat dari negara seberang dengan mudah memperolehi status warganegara tetapi nasib bumiputera yang merupakan anak jati sabah pula masih ramai yang terkontang-kanting tanpa mengetahui status kewarganegaraan sebenar?


Sebenarnya ada bermacam-macam lagi isu boleh diketengahkan...tapi tak mau lah cakap lebih-lebih...tulisan ini juga bukan bermaksud untuk merendahkan martabat mana-mana pihak mahupun bersikap ekstremist kepada agama lain dan juga bukan racist kepada kaum lain, memang sedetik pun tidak ada niat saya begitu, kesimpulannya biarlah saya serahkan kepada para "readers" untuk mentafsir...sekian.

Artikel penuh tentang ini boleh dibaca disini dan sumber dari sini .

p/s: sekadar menyatakan kebenaran yang tersirat.....kerana yang tersurat sudah jelas kebenarannya.....

1 comment:

syuwai said...

tak pernah pula jumpa sabahan muslim yg terdesak smpai kena mkn b@#% tu..

hohoho